18 December 2012

Warkah Cinta Episod Akhir - :(

Assalamualaikum (",)

baru lepas tengok episod akhir Warkah Cinta, korang tengok tak ? bagi aku, ending dia tergantung tapi jadi tak menarik bila Wardah dah meninggal dunia sebab kemalangan . i wish , Amir dengan Wardah akan bersama jugak akhirnya, maybe selepas Amir balik ke Malaysia . tapi itu lah, takdir Allah melebihi segalanya . tak semua apa yang kita impikan, kita inginkan akan menjadi kenyataan . di episod 12 ni (episod akhir), dapat tengok yang Izzudin (lelaki yang sukakan Balqis) marahkan Amir, dan selepas tu pulang ke Malaysia setelah memberi jawapan kepada Balqis yang melamarnya . ternyata hati Amir belum terbuka menerima mana mana wanita selepas sedih dengan kehilangan  Wardah .


Amir sakit, kesan daripada hentakan oleh Syamsul satu masa dulu . darah beku di kelapa dia, memberi kesan kepada dia sampaikan dia nampak terlalu pucat . tapi sempat pulang ke Malaysia dan dikejarkan ke hospital selepas tiba tiba pengsan in lapangan terbang . Amir botak selepas pembedahan .

di akhir bahagian episod ni, Balqis membuka niqab nya dan Amir di atas kerusi roda memegang dua gambar, i guess gambar Wardah dan Balqis . yang jatuh tu just like gambar Balqis sebab berpurdah . dan yang di tangan dia gambar Wardah . kuat betul cinta antara Amir dan Wardah ni . aku dapat rasakan yang aku macam berada dalam cerita tu jugak . melihat situasi tu depan mata aku . aku tersentuh . huhu . over nyaaa . ok lah .

hope ada sambungannya iatu berdasarkan novel "Kala Cinta dan Wahyu Bersatu" . di mana Amir dan Balqis . tapi kisahnya panjang jugak laa . korang baca SINI . ada sambungan dia yang bagi aku ok la, cumanya Wardah dah tak ade :(

ok aku emo . haha, see ya . kbai . Nak dapatkan novel ni jugak . tak kira, sape nak bagi hadiah besday bulan depan, sila lah bagi novel ni :)


11 comments:

  1. betul-betul..tadi sempat tengok after class..sedih..ending dia mcm tergantung..tapi alhamdulillah akhirnya dapat juga malaysia melahirkan sebuah drama islamic yang sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, cerita yang best tapi masih menjga batas2 sepatutnya

      Delete
  2. tmah bawu tgk citew smpai episod 5..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok sampai hbis timah, baru tau best ke tidak

      Delete
  3. aah..tak pernah tgk citer ni sejak masuk belajar. kat area kulim tv hijrah x dpt,kena beli astro baru dpt la. tgk terus ending.hihi sebab suka tgk heliza. btw,nak tanya bukan ke sepatutnya wardah tu terima takdir dah syamsul tu suami dia. kenapa dia pandang amir wlpn dah menjadi isteri orang? bukan ke berdosa dalam islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. part tu sy tak terfikir pulak, betul jugak cakap awak tuh, sepatutnya wardah redha , mgkin bnci sgt pd syamsul tu

      Delete
  4. yup bagi sy inilah cerita islamic yang boleh memberi panduan kpd semua orang,terutamanya yang muda dan bru mengenal erti cinta..bagi sy susah nak cari cerita yang betul2 berunsurkan islam sebenar, mesti akan ada adegan2 yang memang tak patut di tunjukkan sebagai tauladan yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu . skrg ni bky sngat cerita yang melalaikan, kurang pgjran

      Delete
  5. sekadar ingin berkongsi rasa.. hehee..
    same like me.. i wish amir dgn wardah jugak..
    saya baru tgk crita nie dlm 2 3 minggu yg lalu.. penangan cerita nie sgt hebat terutama kpd remaja mcm kita2 nie.. waduh2 parok..
    baru2 nie tgk sambungan crita nie.. cinta dan wahyu.. amir x dpt lupakan wardah tpi kenapa ada gambar balkis jugak.. sodeh2.. nak dia dgn wardah.. tpi x pa la.. ada hikmah disetiap apa yg berlaku.. amir baru pulih semangat.. alhamdulillah ada sahabat mcm rahim.. i'm proud with him.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, tak semestinya apa yang kita nak tu akan jadi milik kita, cerita ni bg kesedaran kepada kita, yang Allah tahu apa yang terbaik, dan KAWAN, kawan yang sentiasa ada dalam apa jua keadaan

      Delete
  6. tapi mula2 tgok wardah mcm gedik ja,,bru nk amik spm dok ngorat amir,,mmglah saya akui mungkin sebb kurg kasih syg dr ayh dya tp,,xpyhla wat camtuh,,rahim plk sokong ja

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan