Assalamualaikum (",)
berubah atau berhijrah . adalah satu ungkapan yang betul betul buat semua orang teruja . apatah lagi berhijrah daripada sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik . nak berhijrah atau berubah ni tak susah . just do it . tapi untuk kekal dalam perubahan atau penghijrahan itu yang susah . ISTIQAMAH . tapi itulah dugaan bagi mereka yang berhijrah ke arah yang lebih baik . contohnya . dulu dia tak menutup aurat . tapi pintu hatinya terbuka dengan hidayah Allah . dia nak berubah . hari pertama Alhamdulillah . tetapi di sebabkan persekitaran yang memaksa dia menjadi tergugat untuk terus begitu . bertudung litup . itu lah yang mengganggu istiqamah kita . faktor luaran atau dalaman .
aku dulu pun macam itu jugak . memula nak bertudung labuh, bidang 50' rasa tak yakin . apa pandangan orang sekeliling tapi orang kita sabar itu indah . kadang kadang cuma mind set kita . orang sekeliling tak cakap apa apa pun . malah ada yang risau kalau kawan kawan mula menjauhkan diri . ingat satu ayat "kalau kita berubah untuk jadi baik, Allah akan anugerahkan kawan kawan yang baik kepada kita" . tak apa lah kawan yang sedia ada nak jauhkan diri . semoga Allah kurniakan sahabat yang lebih baik . tak de sape tahu kan . sabar .
- NIAT kerana Allah (Lillahita'ala)
- Letak TARGET (apa yang ingin kita ubah)
- mencari SUASANA dan RAKAN yang BAIK
- BERSABAR dengan cemuhan (istiqamah)
- BERDOA kepada Allah
nak hidup bahagia, jangan hidup dengan kata kata orang . jika ia benar . Allah akan bantu kita . bergantung hidup kepada Allah bukan makhluk-Nya . ramai orang yang nak berubah tapi "masih belum sampai seru" . bagi aku . nak berubah . silakan . kita perlu mulakan . bukan nantikan . tapi kalau tak nak nampak drastik, meh sini aku bagi tips :: terutamanya untuk mereka yang berjeans ketat dan bert-shirt biasa dan bertudung biasa
- tukarkan jeans kepada seluar slack biasa yang tak ada bentuk kaki . straight cut, seeloknya warna hitam.
- tukarkan jeans dengan skirt labuh . yang kembang atau pun kain biasa tapi jangan ikut bentuk tubuh . biar free macam tu .
- t-shirt biar yang besar sket dan berlengan panjang . pakaikan dengan skirt labuh . kalau boleh melepasi punggung
- pakai stokin . yang skin sock atau hitam. pakai hari hari SETIAP KALI KELUAR RUMAH
- pakai hand sock . SETIAP KALI KELUAR RUMAH
- tudung biasa yang bidang 45' tu . jangan silangkan atau pinkan ke bahu . biarkan lepas ke bawah atau kalau nak silang jugak pastikan labuh menutup dada dan melepasi bahu, tudung tu boleh bagi labuhkan .
- tapi kalau ada duit lebih beli tudung baru, bidang 50'. mulakan dengan warna gelap
- pakai t-shirt muslimah yang besar, sbb ada yang fit ke badan
untuk permulaan ini, baiki apa yang ada . kurangkan t-shirt biasa dengan seluar . kalau t-shirt muslimah tak per . selalu la pakai t-shirt atau blaus dengan skirt labuh . pakai stokin dan sarung tangan . tudung biar melepasi bahu dan menutup dada . try and error macam mana nak buat .
TAPI sesuatu yang lebih besar jangan lupa .
- SOLAT fardhu 5 waktu
- SOLAT di awal waktu
- RAJIN membaca Al-Quran
- RAJIN ke majlis ilmu
- RAJIN membaca buku buku tentang Islam
- AMALkan solat sunat
- JAGA adab dan perilaku sebagai wanita
- KURANGkan pergaulan dengan ajnabi
- BANYAKkan selawat dan zikir
- AMALkan solat sunat taubat
bersihkan hati kita daripada kotoran maksiat dan dosa yang telah kita lakukan sebelum ini . baca buku buku tentang Islam . banyak sangat dekat kedai kedai buku . dengan tujuan tambah ilmu . nak berubah ini senang . jangan kita susahkan . ambil langkah satu persatu . seeloknya berguru dengan mereka yang tahu .
selamat berhijrah ya ukhti wa akhi ^^
nice entry :') bitaufiq binnajah
ReplyDeletesyukran ya ukhti :)
Deletethanks ... sgt membantu .. ramai sbnr nak berubah, tp utk berubah perlukn kekuatan,
ReplyDeletekdg2 nk brubah senang tp nk kekalkn prubahan tu yg agak payah .. tp kte x leh pts asakn? hehehe ..
syukran :)
Deletebetul tu .kekuatan dalaman yang penting
Salam, saya nak tanya, macam mana nak pastikan diri terus beristiqamah? Emm, saya tahu kita tak perlu cari penghargaan dari manusia biloa berubah. Masalah saya, bila di universiti saya memang dah mulakan. Keluar bilik je pakai hand sock, baju labuh, tudung tutup dada, tapi saya still pakai jeans, and stokin saya akan pakai bila pakai kasut je. Bila turun cafe pakai selipar, saya tak pakai pun stokin. Memang saya belum tutup aurat dengan sempurna. Jahilnya saya :( Solat saya cukup, dan saya mula solat di awal waktu jugak. Saya mula baca al-quran terjemahan. Bila saya baca, air mata mengalir, even sekarang pun air mata saya mengalir. Saya pun ada baca satu surah yang bermaksud, Allah akan berikan hidayah kepada hambanya yang beriman. Sebab tu sekarang saya berusaha mencari hidayah tu. Sebelum ni saya hanya tunggu je. Teruknya diri saya ni :( Tapi saya ada satu halangan. Saya mixed chinese. Kehidupan saya kadang kadang memang agak berbeza dengan orang lain. Parents saya tak macam orang lain. Abah saya chinese, islam hanya pada ic je. Saya sedih, sangat. Saya sentiasa berdoa supaya Allah bukakan pintu hati dia. Saya nak solat berimam kan Abah :'( Jadi bila kat rumah, saya kurangkan masa untuk jalan jalan di luar sebab saya takut saya tak tutup aurat. Saya takutkan azab Allah. Tapi saya tak tahu cara mana yang paling bagus untuk saya tingkatkan keimanan saya dan teruskan istiqamah.
ReplyDeleteAwin,
Deleteistiqamah adalah perkara yang susah untuk dibuat, untuk pastikan sentiasa kekal dalam jiwa, tapi apa yang boleh saya katakan, awin kena bersabar, teruskan usaha, kurangkan hiburan, banyakkan membaca benda ilmiah terutamanya buku buku yang dapat membina jiwa Islam, kadang2 inilah ujian kita, ujian Allah bagi pada kita untuk uji tahap keimanan kita, kalau kita tewas, apalah tahap iman kita pada pandangan Allah ? ingat satu perkara, Allah tak akan hampakan hamba-Nya yang sentiasa bersabar dan bersyukur .
saya bukan lah insan yang arif tapi sedikit perkongsian yang saya mampu kongsikan di sini, apa jua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah, jangan sesekali berputus asa dengan usaha yang dilakukan, biarlah 10 tahun 20 tahun sekali pun, Allah Maha Mendengar, kita kena sentiasa bersabar, teruskan membaca Al-Quran, berzikir dan mendekati orang orang yang soleh dan solehah . lebih molek lagi kalau dapat berdamping dan berguru dengan ustazah, alim ulama' . saya doakan agar awin sentiasa istiqamah :)
This comment has been removed by the author.
Deletemungkin bagi kita yang lahir dalam keluarga fikrah Islam untuk cakap senang
Deletetapi bagi mereka nak melaksanakannya susah, untuk memahamkan kelurga yang tak paham ni mcmni, tak kira dengan siapa kita bersahabat yang penting Islam itu tetap yang pertama
tapi untuk memahamkan keluarga..adalah dengan cara kita yang melaksanakan, ibu bapa ni kalau kita nasihatkan depa akan marah kita balik, tapi kalau depa tengok apa kita buat, InsyaAllah lama2 depa akan faham dan berubah, Alhamdulillah kerana ada rasa takut itulah yang akan membantu kita, banyakkan berdoa, agar diberikan hidayah , dalam keluarga kerana untuk mentarbiyyah keluarga bukan mcm masak megi, 2 minit siap
ia mengambil masa, InsyaAllah, satu lagi..bersahabatlah dengan orang2 yang soleh
Subhanallah. Saya banyak muhasabah diri
ReplyDeletewww.iamfinancestudent.blogspot.com
Salam...sekadar ingin berkongsi rasa. Saya orgnya tidak bertudung, adik beradik smua tidak bertudung dan tidak menitik beratkan langsung perintah Allah. Hidup dalam keluarga yang boleh dikatakn penuh dengan masalah, ayh kawen 2 atas sebab 2 hbungan keluarga jadi berantakan. Masing2 bawa haluan sndri. Saya dbesarkn tnpa ddikan agama yg ckup, bkn sy slahkn ibu atau ayh. Tapi persekitaran saya, akk2 saya yg tidak bersolat, pergauln bebas buatkn sya rasa xtkut mlakukn dosa. Saya melakukan dosa besar, saya jahil dan hanya solat bila rasa nak solat saja. Skrg sya sdh mnmtkn pljrn di prgkt master di ipta. Saya mula cari kerja, tapi berpuluh puluh resume yang saya hantar hanya bebrpe yang dpggl untuk intrview. Saya rase sshnye nk mndptkn rezeki Allah. Saya mula sedar akn dosa2 yang saya lakukan..sayabingin berubah, saya ingin sgt menutup aurat dengan sempurna. Tapi saya tkut saya xkuat berhdapan dengan orang sekeliling, terutama akak2 saya yang semuanye tidak bertudung. Apa yang harus saya lakukan. Dri sdut lain sya jga dh bertung. Family tung saya bknla alim mna, tapi mereka smua menutup aurat dan hbgn kekeluargaan antra mereka sgt kuat. Tunang say jga slu srh sya berubah. Tapi alasn saya tgu hdyah Allah. Saya juga ade prsaan prasgka yg mak tung tak menyukai saya. Mungkin sb penampilan saya. Entahla saya bingung, saya nk berubah tapi sya xckup kuat:(
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteLastly, carilah orang yang baik-baik untuk jaga & ajak kita kearah yang lebih baik. Yang negatif2, buang jauh2 dulu
DeleteWaalaikumsalam wbt.
DeleteTunang awak tahu tak yang dia tak solat apa semua? Kalau tahu, beruntunglah awak sebab lelaki tu masih mahu menerima awak sebagai partner dalam hidup. Try ubah dengan pakai pakaian yang menutup aurat. Pakai baju longgar-longgar, pakai tudung. Buat baik pada bakal mak mertua selalu, jangan buat-buat. Tapi tunjukkan diri sebenar, baik yang sebenar, bukan buat-buat.
Slow-slow cari kelas yang boleh ajar agama, ajar solat lah first sekali. Mula balik dari basic. Sebelum jejak alam rumahtangga make sure diri dah kembali kepada fitrah islamiyyah. Maksudnya, dah boleh solat, dah boleh tutup aurat, dah boleh mengaji al-Quran (at least).
Jangan kaitkan masalah mak ayah kalau kita jadi teruk macam tu. Bukan salah mak ayah lagi dah. Kita dah baligh patutnya dah boleh cari ilmu fardhu ain sendiri, usaha sendiri. Mak ayah mak ayah lah, tahu memang seksa bila mak ayah 'buat hal' tapi entah, takyah lah kaitkan masalah tu dalam ke'tidakjadi'an kita sebagai muslimah. (bercakap berdasarkan pengalaman)