21 January 2010

WARNA bongkar watak..

UNGU
  • Sifat keperibadian yang benar-benar luar biasa. Selalu optimis dalam menghadapi masa depan dan kamu tidak pernah ragu-ragu. Apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam hal percintaan pula, hanya mereka yang kuat mental sahaja yang mampu mendekati dan menjadi sahabatmu.
MERAH
  • Kamu sangat berwibawa dan juga senang melindungi orang yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bercanda tapi kamu mampu menahan diri. Banyak orang mengatakan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk dalam golongan yang sukar untuk jatuh cinta.
HIJAU
  • Jika kamu memilih hijau, maka kamu adalah golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam sekitar dengan udara yang sejuk. Kamu adalah seorang yang selalu memegang kepada prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidamkan calon teman hidup yang mampu bertoleransi dan dapat dipercayai.
HITAM
  • Kamu merupakan golongan yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu sahaja. Jika berada dalam kumpulan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik, rapi malah cukup ramai yang berusaha mengejar dan merebut cinta kamu.
PUTIH
  • Kamu adalah yang dilahirkan ke dunia dengan hampir sempurna, ramai yang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis serta nilai moral yang teramat tinggi. Kamu adalah golongan yang tidak pernah angkuh, senang menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan kamu.
BIRU
  • Kamu biasanya termasuk dalam golongan yang pemurung, tetapi selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Selalu mengharapkan kedamaian dan ketenangan. Kamu memiliki kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu sering menyembunyikan perasaan.
KUNING
  • Kamu memiliki sifat optimis. Kamu adalah jenis periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang sukar didekati. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu, kerana menolong merupakan satu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu adalah orang yang tidak pernah merendahkan sesiapa pun, walaupun seseorang itu agak lembap.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan