Assalamualaikum :)
hari ni sekali lagi bersengkang mata . tapi kejanya sikit saja progress . aduhai bai .. kenapa sih ? kau malas bangat ?? tak la . aku tak malas . cuma tak rajin je . haha . nak kongsi sikit ni . ape la ek perasaan korang SEKARANG kalau ada someone yang datang cakap . 'sudikah awak jadi permaisuri hidup saya' . pada perempuan je la yer . sebenarnya kan . situasi ni sangat menggerunkan aku kalau berlaku dalam tempoh setahun ni . sana sini kawan sebaya dah mendirikan masjid . even RUMET matrik dulu pon bakal diijabkabul . majlis 11.12.11 insya Allah . housemate msa sem dua pon . 17.12.11 insya Allah . bila berbicara tentang cinta selepas nikah ni . memang banyak kebaikan dia . aku terbaca satu status seorang ibu yang mengatakan ..
"Every parents wants the best for their children. But there is no one way/approach/solution to every situation. Only the basic is the same. Mendahulukan redha Allah"
faham tak maksudnya . korang mungkin tak kenal si ibu ni . so tak tau la situasinya macam mana kan . oke . anak dia lelaki . muda lagi . awal 20-an . meminta izin untuk berkahwin dengan gadis pilihan hati . sebab dia dah mula jatuh hati dengan keindahan akhlak .budi pekerti dan ketinggian agama yang ada dalam diri si gadis tu . nampak x ? kenal x lama . tapi sebab nak elakkan maksiat hati dan terus dimurkai Allah . maka jalannya adalah ijab dan kabul . dan mak dia cakap apa ?? "only the basic is the same . MENDAHULUKAN REDHA ALLAH" . daripada mak dia berkeras x bagi kawin sebab muda lagi . lebih baik dilepaskan dan mendahulukan apa yang mendapat redha ALLAH . betul x ??
tapi berapa ramai la yang betul-betul serius dalam soal hati ? kebanyakannya seolah-olah satu hobi . semester dengan orang lain . semester depan dengan orang lain pulak . tup tup time konvo dengan orang lain . tak rasa buang masa ka semua tu ? INGAT . melakukan sesuatu itu biarlah dengan tujuan yang jelas . supaya tidak menjadi perkara yang sia-sia dan MEMBUANG MASA . kelihatan agak kasar di situ . tetapi inilah hakikatnya . biarlah hati kita ini bersih daripada cinta dunia yang belum tentu diredhai Allah .
Biar HIDUP SENDIRI dan selesa membina PAHALA, daripada HIDUP BERDUA dan akan menjadi PENCETUS DOSA ke neraka..biar hidup sendiri dan kekal bahagia, daripada hidup dikelilingi lelaki/wanita yang mungkin akan MENCEMARKAN MARUAH kita..Cinta dan kasih sayang MANUSIA hanyalah SETITIS jika dibandingkan dgn selautan cinta dan kasih sayang Allah..sekiranya dirimu KEHILANGAN cinta yang setitis ini, janganlah dirimu RISAU dan GUSAR kerana kamu masih punyai SELAUT kasih Ilahi..
ingat tau kawan-kawan . setiap kali nak mendekatkan diri dengan anak gadis orang . fikir dulu . layakkah aku ? mampukah aku ? terdayakah aku ? Allah redha tak dengan perbuatan aku ? Allahuakbar . kehidupan seharian kita ni semuanya dengan izin Allah . belum terlambat untuk bertaubat .
"jeles tengok kawan ada bf . boleh studi sama-sama . makan sama-sama"
awak . awak dengar sini tau . ALLAH Maha Mengetahui . bairlah awak menahan gelora jiwa awak . awak berdoalah pada Allah . yang satu hari nanti . orang yang pimpin tangan awak time shopping tu adalah lelaki yang halal bagi awak . satu hari nanti . orang yang suap awak makan dekat restoran tu adalah lelaki yang halal bagi awak . apa yang kawan awak buat tu tak halal . kalau tak halal . maknanya haram di sisi ISLAM . awak sabar yer . nanti Allah kurniakan awak dengan seorang lelaki yang betul2 menyayangi awak kerana Allah swt . menjadi imam awak . sabar tau . sabar itu separuh daripada iman . kalau awak mampu bersabar maknanya tahap keimanan awak akan bertambah . Allah sayangkan hambaNYA yang beriman . ingat tau .
CINTA itu INDAH . tapi CINTA itu jadi TAK INDAH bila MANUSIA merosakkan CINTA dengan perkara yang menghancurkan kesucian CINTA . xpe la awak tak ada boifren sekarang . nanti awak dapat suami :)
nice :)
ReplyDeletesuke bace entry niee..nice.. =)
ReplyDeletecwiiitt sgt bce entry nie....=)
ReplyDeletesukagelak : thanks
ReplyDeleteirah : iye . rajin2 la datang sini lagi
yana_nuzue : hehe . lagi sweet kalo kite betul2 memahaminya