"Tak elok bercakap hal dunia dalam rumah Allah. Kurang pahala nanti…"
"Tak payah lah bercakap hal agama dalam pejabat. Dalam masjid dah lah..."
✿~ Adakah SEKADAR di masjid dan surau? Islam kita di mana?
"Nak solat kenalah tutup aurat. Nanti tak sah."
"Panaslah nak tutup aurat kat luar ni. Malaysia ok, so hot and spicy!"
✿~ Adakah ketika IBADAH KHUSUS sahaja? Islam kita di mana?
"Nak exam kenalah jaga solat, banyakkan berdoa, stop sekejap dating."
"Alah... Exam lambat lagi. Nanti-nantilah study, solat lambat pun takpe."
✿~ Adakah ikut MUSIM? Hamba Allah atau hamba exam? Islam kita di mana?
"Masa akad nikah I nak pakai tudung. Lagipun akad nikah dalam masjidkan.."
"Untuk sanding, I nak baju design berbelah sini sikit, sini sikit. Sekali seumur hidupkan..."
✿~ Adakah hanya ketika LAFAZ SAKINAH? Islam kita di mana?
Ambil yang kita suka, guna hanya di mana kita nak?
Atau mungkin Islam kita hanya dalam KAD PENGENALAN?
>>> Kita ibarat menganak-tirikan agama..bukankah Allah telah MENGINGATKAN kita dalam firmanNya yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang BERIMAN, MASUKLAH kamu ke dalam Islam KESELURUHAN, dan JANGANLAH kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu MUSUH yang NYATA bagimu."
(Surah Al-Baqarah : 208)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan