17 January 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Assalamualaikum (",)

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar KAU tunjukkan jalan,
Agar KAU tunjukkan aku tuntutan yang perlu ku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkanlah aku daripada perkara yang ENGKAU murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jikan aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerama agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cintanya kepada-MU
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-MU,
Kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika KAU tahu kami belumbersedia,
Selamatkanlah kami,
Jarakkanlah kami,
Pisahkanlah kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tidak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai Illahi

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berilah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu

amin ..


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan