15 February 2012

AURAT : BAB 2 ~ Perihal Perhiasan Wanita

Assalamualaikum (",)

"Perhiasan" termasuklah baju baju yang menarik, barang barang perhiasaan dan lain lain perhiasaan kepala, muka, tangan, kaki dan lain lain yang selalunya digunakan oleh wanita yang disebut dengan perkataan moden 'alat solek'. Perintah melarang menunjukkan 'alat solek' ini akan diperbincangkan secara terperinci dalam nota berikutnya.

Berbagai bagai terjemahan yang diberikan oleh berbagai bagai mufassirin tentang ayat ini dan telah mengelirukan pengertiannya yang sebenar. Maksudnya yang jelas kelihatan ialah "Wanita dilarang menampakkan persolekan dan perhiasan mereka kecuali yang nampak dengan sendiri" dan yang melebihi had kawalan mereka. Ini jelas bermaksud bahawa wanita dilarang dengan sengaja menampakkan alat solek mereka. Tetapi tiada dosa jika alat soleknya ternampak kerana tidak sengaja dan tanpa ditiup angin dan menampakkan perhiasannya atau baju luar itu sendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi walaupun is boleh menjadi satu tarikan kerana ia adalah sebahagian daripada pakaian wanita. (Talfsiran ini yang telah diberikan pada ayat ini ialah daripada Abdullah bin Mas'ud, Hassan Basri, Ibnu Sirin dan Ibrahim Nakhai.)

Berlainan dengan ini, pihak mufassirin lain pula berpendapat bahawa ayat ini bermaksud "semua bahagian badan yang setaIunya nampak dan terbuka" dan mereka maksudkan juga tangan dan muka dan segala perhiasannya. (lnilah pendapat Ibnu Abbas dan pengikut pengikutnya dan segolongan ulama Hanafi)

Oleh itu, menurut mereka, wanita dibenarkan keluar dengan bebas dengan. muka yang terbuka yang telah disolek perhiasan perhiasana di tangan.

Walaupun begitu, kami (Sayyid Abul Ala al Mawdudi) tidak dapat menyetujui pendapat ini. Terdapat perbezaan yang besar antara "menampakkan sesuatu" dan "yang menjadi nampak dengan sendirinya". Yang pertama bererti "sengaja" dan yang kedua bererti "terpaksa atau dalam keadaan tiada berupaya". Lagipun tafsiran seperti itu menyalahi hadith hadith yang menyatakan bahawa wanita dilarang keluar dengan muka yang terbuka pada zaman Rasulullah s.a.w. dan selepas perintah purdah ditununkan. Perintah perintah ini juga bererti menutup muka menjadi sebahagian daripada pakaian wanita kecuali semasa haji di mana seseorang itu mesti berkeadaan ihram dan membuka mukanya. Satu lagi' hujah yang diberikan untuk menyokong pendapat ini ialah tangan dan muka tidak termasuk aurat wanita, padahal aurat dan purdah adalah dua perkara yang berbeza. Kesucian aurat tidak boleh dicabuli walaupun di hadapan muhrim lelaki seperti bapa. saudara lelaki dan lain lain. Purdah pula melebih aurat yang bererti mengasingkan wanita daripada lelaki bukan muhrim; perbincangan di sini hanyalah berhubung dengan perintah purdah dan bukan satar.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan