15 February 2012

AURAT : BAB 1 ~ Batas-Batas 'Aurat Wanita

Assalamualaikum (",)

Mereka hendaklah menghindarkan diri daripada memuaskan nafsu syahwat secara haram dan juga daripada membuka aurat mereka di hadapan orang lain. Walaupun perintah kepada lelaki adalah sama dengan wanita dalam hal ini, tetapi sempadan aurat untuk wanita adalah berbeza dari yang diperintahkan kepada lelaki. Lagipun, aurat wanita terhadap lelaki adalah berbeza dengan yang diperintahkan terhadap wanita sendiri.

Aurat seorang wanita terhadap lelaki ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali tangan dan muka. Ia tidak boleh dibuka di hadapan lelaki lain. Wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang nipis atau yang ketat yang mengikut bentuk badan dan yang boleh menampakkan kulit. Menurut satu hadith dari A'ishah, pernah kakaknya Asma' datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis. Rasulullah s.a.w. dengan segera memalingkan mukanya dan berkata:

"Wahai Asma', apabila seorang wanita telah baligh, dilarang membuka bahagian badannya kecuali muka dan tangan" (Abu Dawud)

Ibnu Jarir telah meriwayatkan peristiwa yang sama daripada kata kata A'ishah bahawa satu ketika anak perempuan Abdullah bin Tufail. datang menziarahinya. Apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah, baginda nampak perempuan itu tetapi memalingkan mukanya ke arah lain.

A'ishah berkata:

"Ya RasululLah, dia itu anak saudaraku". Lalu Rasuiullah s. a. w. pun berkata: Apabila wanfta itu sudah baligh haram baginya menampakkan badannya kecuali tangan dan muka". Kemudian baginda menunjukkan maksud tangan itu dengan menggenggam tangannya sendiri daripada pergetangan tangan supaya tidak ada bahagian lebar yang tertinggat antara pergelangannya dan tapak tangannya"

Kelonggaran ini hanyalah untuk saudara mara yang rapat, seperti saudara lelaki, bapa dan lain lain, kerana keadaan yang memerlukan seperti membuat kerja kerja rumah. Contohnya dia boleh menggulung lengan bajunya semasa mengaul tepung atau melipat seluarnya semasa mencuci lantai.

Sempadan aurat wanita terhadap wanita, sama seperti sempadan aurat lelaki terhadap lelaki, iaitu daripada pusat hingga ke lutut. Ini tidak bermakna bahawa wanita boleh berkeadaan separuh telanjang di hadapan wanita lain. Ia hanyalah bererti yang bahagian dari pusat ke lutut mestilah sentiasa ditutup dan tidak pula bahagian lain.

Jika diperhatikan, tuntutan undang undang Allah yang diberikan terhadap wanita bukan hanya tuntutan yang dibuat terhadap lelaki, iaitu menahan pandangan dan memelihara kemaluan, tetapi ia juga menuntut beberapa perkara lain daripada wanita yang tidak dituntut dari kaum lelaki. Ini menunjukkan bahawa wanita dan lelaki berbeza dalam hal ini.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan