LIMA minit bukanlah satu jangka masa yang lama, tetapi ia
akan menjadikan kehidupan anda lebih baik dan positif sekiranya anda melakukan
perkara yang boleh meningkatkan kegembiraan dan mengurangkan tekanan. Caranya
mudah saja ikuti panduan di bawah untuk mendapatkan hasilnya:
Ubah suai tempat tidur anda
Bermula setiap pagi dengan mewujudkan persekitaran tenang di
dalam bilik tidur mampu memberikan emosi gembira kepada anda. Penulis buku
Kebahagiaan Gretchen Rubin, menulis ramai orang akan mendapat ketenangan
apabila melakukannya setiap pagi. Caranya mungkin dengan menghias bilik dengan
kuntuman bunga, membuat semburan wangian atau menggantungkan gambar keluarga.
Bawa makanan berkhasiat
Sebelum keluar pada waktu pagi, apa kata anda pergi ke dapur
dan ambil buah-buahan seperti pisang, epal dan anggur atau makanan ringan
berkhasiat seperti kacang, kismis atau kurma untuk dimakan atau dibawa ke
pejabat. Dengan cara ini, apabila perut lapar pada waktu petang anda hanya
perlu mencapai makanan dari dalam beg tangan dan bukannya mencari coklat atau
biskut di kedai.
Sekurang-kurangnya ini dapat meningkatkan tahap kesihatan
anda.
Kemas meja
Anda tidak mungkin dapat merevolusikan almari dalam masa
lima minit, tetapi anda boleh menguruskan meja supaya kemas, bersih dan
teratur.
Bersihkan kertas bersepah dan tidak digunakan, cawan
berselerak atau habuk pada skrin komputer. Meja yang tidak kemas akan
membuatkan anda hilang tumpuan, sekali gus mengurangkan produktiviti.
Persekitaran yang baik dan selesa meningkatkan motivasi anda.
Mendengar muzik
Kajian mendapati mendengar muzik bukan saja membantu
menenangkan jiwa, tetapi merendahkan tekanan darah dan meningkatkan
kegembiraan. Muzik sesuai berkuasa mengubah minda dan sikap. Jadi memuat turun
lagu menerusi alat pemain MP3 dan mendengarnya ketika bekerja atau di rumah
mampu membuatkan anda tersenyum sepanjang hari.
Menghidu lemon
Penyelidik Jepun mendapati bahan linalool yang terdapat
dalam lemon, mempunyai ciri-ciri antiradang dan boleh mengurangkan tekanan
manakala wangian selasih, jintan manis dan lavender baik untuk kesihatan.
Buat aktiviti regangan
Mengangkat tangan di kepala serta meluruskan kaki adalah
senaman ringkas dan berkesan mengurangkan tekanan. Ini kerana regangan membantu
meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan pada otot.
Luahkan apa yang terbuku di hati
Ini boleh dilakukan dengan menulis perkara yang membuatkan
anda tertekan.
Misalnya tekanan dalam kesesakan lalu lintas, masalah dengan
teman sekerja atau kerja yang terlalu banyak. Dengan cara ini dapat
mengurangkan masalah anda.
Mematikan peralatan elektronik
Merenung skrin komputer dan elektronik sepanjang hari boleh
menyebabkan anda kurang aktif dan tidak bertenaga. Jadi padamkan semua
peralatan elektronik seperti telefon dan komputer riba. Ini adalah penting
terutamanya membolehkan anda berehat dan bersantai sebelum tidur.
Senarai keutamaan
Kerja anda akan menjadi lebih mudah sekiranya anda
menyenaraikan keutamaan.
Ini membolehkan anda membuat susunan perkara yang perlu
dilakukan dulu
dan mengelak berlakunya penangguhan. Membuat senarai dan
menyemak setiap tugas juga dapat meningkatkan produktiviti anda.
sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/5minitkurangstres/Article/index_html
sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/5minitkurangstres/Article/index_html
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan