ALOR SETAR: Seorang bapa sanggup menjaga anak perempuannya,
Nurul Huda Jannati Abdullah, satu tahun, yang menghadapi masalah perkembangan
mental yang tidak normal atau ‘global developmental delay secondary to
bilateral open lip schizencephaly’, bersendirian di Flat Seri Gemilang, di
sini, selepas isterinya meninggalkan mereka sebulan lalu.
Zaini Tajuddin, 36, berkata, anaknya itu dikesan menghadapi
penyakit berkenaan selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan apabila
saiz kepala anaknya tidak normal seperti bayi lain yang berusia lima bulan
ketika itu.
Menurutnya, masalah anaknya itu dirujuk ke Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB), di sini, untuk pemeriksaan lanjut dan doktor memaklumkan saiz
otak Nurul Huda kecil saja dan yang membuatkan kepalanya kelihatan besar
disebabkan terdapat gelembung air.
Katanya, walaupun pembedahan boleh dilakukan, doktor
menyatakan peluang hanya 50-50 saja dan berkemungkinan menghadapi risiko
memandangkan anaknya masih kecil.
“Saya kasihan melihatnya menangis setiap malam, mungkin
disebabkan rasa sakit yang ditanggung. Berat badannya juga semakin susut
daripada 7.5 kilogram (kg) kepada 6.2 kg saja. Saiz kepalanya juga semakin
besar sehingga mencecah 47cm,” katanya yang bekerja sebagai penjual ikan dengan
pendapatan kira-kira RM30 sehari. sehari saja dan nilai itu tidak mencukupi
untuk menanggung keperluannya dengan Nurul Huda.
Namun, dia bersyukur kerana ibunya, Azimah Ahmad, 56, sudi
membantunya menjaga Nurul Huda ketika dia keluar bekerja setiap hari, malah
turut membantunya dalam kewangan apabila kesempitan.
Sesiapa yang ingin membantu meringankan bebanan keluarga
kanak-kanak itu boleh menghulurkan sumbangan mereka ke akaun Bank Islam, Azimah
Ahmad (02011020683926)
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Deritabayikepalabesar/Article/index_html
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Deritabayikepalabesar/Article/index_html
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan