Assalamualaikum (",)
"Kalau dulu, majlis yang pakai khemah yang
tinggi-tinggi ni majlis wakil rakyat jer", Pakcik Wahid memulakan bicara.
"Sekarang Paie tengok, majlis bertunang pun orang dah
buat majlis besar-besaran. Siap pasang khemah banyak-banyak pulak
tu",tambahnya lagi.
Saya mengangguk tanda setuju.
Memang diakui. Kebelakangan ini semakin rancak majlis
pertunangan diadakan. Jika dahulu kita dapat dengar orang memperkatakan tentang
wang hantaran semakin tinggi disebabkan harga minyak petrol naik, sekarang
ramai pula yang memperkatakan tentang kenduri sempena bertunang. Mengapa majlis bertunang sudah gah ditontonkan kepada
masyarakat?
Sedangkan ianya sangat bertentangan dengan apa yang
Rasulullah Sholallahu A'laihi Wasalam pesankan kepada kita. RAHSIAKAN
PERTUNANGAN, HEBOHKAN PERNIKAHAN. Kita belum tahu lagi apa yang akan berlaku pada masa akan
datang. Mungkinkah masyarakat kita akan buat Majlis Perkenalan sebelum
dilangsungkan Majlis Pertunangan! Siapa tahu?
PERIHAL MAJLIS PERTUNANGAN
"Kita jangan ikut artis. Apa yang artis buat semua nak
tiru sedangkan tak mampu. Last-last yang susahnya pihak lelaki yang kena
sediakan hantaran tinggi sebab pihak perempuan nak buat majlis pertunangan. Nak
grand la katakan. Adoi", keluh Pakcik Wahid lagi.
Majlis bertunang sudah dibuat kad jemputan. Majlis bertunang
pun sudah ada pelamin.Majlis bertunang sudah dijemputnya pasukan kompang.
Majlis bertunang juga sudah ada baju bertunang. Semuanya persis sebuah majlis
perkahwinan yang membazir. Apabila semua ini telah menjadi satu 'keperluan' kepada
masyarakat, semakin tinggilah kos sebuah perkahwinan. Apa yang lebih membimbangkan, ada pasangan yang sanggup
berhutang untuk mengadakan majlis bertunang tetapi baru hari ini bertunang esok
sudah putus!
Ikatan pertunangan adalah proses berkenal-kenalan sesama
pasangan dan keluarga. Jika dalam tempoh bertunang itu dirasakan tidak sesuai,
tidak mengapa jika diputuskan pertunangan kerana dikhuatiri akan membawa
masalah selepas berkahwin. Jika bertunang pun diheboh-hebohkan, tidakkah malu bagi
pihak perempuan jika pertunangan mereka terpaksa diputuskan? Sedangkan
bertunang itu bukanlah satu ikatan sah.
WANG HANTARAN MAHAL?
Masih ingat lagi dengan jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF
PENDIDIKAN yang popular di Facebook sekarang?
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000
Tak mustahil semua ini akan menjadi fenomena Global! Kebiasaannya
sekarang, pihak perempuan akan minta wang hantaran sebanyak RM10,000 atau
lebih. Fikirkan, bagaimana mahu mencari duit yang sebanyak itu? Sebab itulah
ramai yang pinjam ALONG untuk TOLONG mereka kahwin dan akhirnya TERLOLONG
begitu sahaja (tak mampu bayar pinjaman).
Mungkinkah seorang lelaki yang baru menamatkan pengajian di
Universiti dan baru mula bekerja dapat mengumpul wang sebanyak itu dalam tempoh
yang sangat minima? Tidak semua mendapat gaji yang tinggi sewaktu mula-mula
bekerja. Ditambah lagi dengan bebanan pinjaman pendidikan yang perlu
dilangsaikan, memang sangat memeritkan kepada pihak lelaki untuk mengumpul wang
untuk berkahwin.
CINTA PUNYA PASAL
"Kerana cintaku kepadamu, akanku bayar seluas lautan
untukmu" (Cewahhh!!)
Bagi lelaki pula, cinta menyebabkan mereka sanggup untuk
mengharungi semua itu. Berapa yang pihak perempuan minta disanggupkan sahaja.
Kalau tak dapat nak sediakan wang hantaran yang diminta, ramai lagi anak Dato'
yang bersusun untuk meminang si dara. Melepas nanti!
Jika soal cinta diperjuangkan, mengapa pula si dara tidak
mahu membantu si teruna untuk meminangnya? Bukankah jika ada cinta semuanya
akan mudah belaka? Mengapa pihak perempuan tidak mahu menasihati keluarganya
untuk meletakkan kadar hantaran yang MAMPU BAYAR kepada pihak lelaki. Bukankah itu juga satu bentuk pengorbanan dalam cinta oleh
pihak perempuan?
WANG HANTARAN SESUATU YANG WAJIB KE?
Kos berkahwin yang begitu tinggi menyebabkan ramai lelaki
menangguhkan perkahwinan mereka. Bukannya soal tiada calon tetapi sebab tak ada
ongkosnya! Tetapi jika kita kembali kepada Islam, perkahwinan sangat
dipermudahkan. Ada kisah seorang sahabat Nabi yang mahu berkahwin tetapi tidak
mempunyai wang :
Dari Riwayat Muslim, hadis Sahl bin Saad RA katanya :
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi
Muhammad SAW seraya berkata:
"Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan
diriku kepadamu".
Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya
dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa
memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat
dan berkata:
"Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin
mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya".
Nabi SAW segera bertanya: "Adakah engkau memiliki
sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN".
Sahabat menjawab: "Tidak ada!"
Nabi SAW bersabda: "Pulanglah menemui keluargamu
mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali
menemui Nabi SAW dan berkata:
"Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh
dijadikan mas-kahwin".
Maka Nabi SAW bersabda lagi:
"Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI".
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta
berkata:
"Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai
apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini
iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya".
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang
menutup bahagian atas badan).
Nabi SAW bersabda : "Apa yang engkau boleh buat dengan
kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak
dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau
tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai".
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun.
Nabi SAW memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu
Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut
sampai, Nabi SAW bertanya:
"Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"
Sahabat tersebut menjawab: "Aku hafaz surah itu dan
surah ini".
Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi SAW bersabda lagi:
"Adakah engkau membacanya secara hafalan?"
Sahabat tersebut menjawab: "Ya!"
Nabi SAW nersabda :
"Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan
ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz".
Kredit : Melayu.Com
Sesungguhnya Islam tidak meletakkan kadar Mas Kahwin yang
wajib diberikan kepada isteri. Tetapi kebetulan pula setiap negeri sudah
meletakkan harga Mas Kahwin yang wajib dibayar oleh pengantin lelaki kepada
pengantin perempuan dan harga mas kahwin itu tidaklah terlalu membebankan.
Misalnya di Selangor, harga mas kahwin hanya RM300 sahaja! Hantaran dan Mas Kahwin sesuatu yang berbeza. Hantaran
adalah adat dan mas kahwin adalah syariat. Mudahkan perkahwinan dan jangan
bebankan dengan sesuatu yang tidak perlu.
Berbelanja mengikut kemampuan dan tak perlu mengejar
populariti dalam perkahwinan. Apa yang penting bukannya majlisnya yang
'meletup', tetapi pengisian selepas perkahwinan yang harus hebat
(bertanggungjawab dalam perkahwinan).
Renungkan apa yang Nabi Muhammad pesan kepada kita tentang
soal perkahwinan :
"Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
'Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah
(rendah) maharnya.'"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Di akhir perbualan saya dengan Pakcik Wahid, "Kalau
Paie nak pinjam duit kat pakcik untuk kahwin, lebih baik pakcik yang
kahwin!"
Apakah?
kan ? makin maju makin org berlumba2 bt majlis besar2 , hantaran tinggi2 . .
ReplyDeletea'ah, sdgkan selepas perkahwinan tu lagi jauh perjalnannya ..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteYang kesian pihak lelaki , kawen lambat sbb nak kumpul duit
betul tu akak, saye penah berborak dgn mmber lelaki sy di uni, enah saya kata, bukan susah nak kawen, kepana perlu kumpul duit, tp dia cakap, zaman skrg susah nka cari perempuan yang sudi terima hanya dengan al-quran sebagai mahar, wlppon prmpuan tu sudi, tapi kelurga pihak prmpuan belum tentu
ReplyDelete