16 May 2012

selamat hari guru; seluruh MALAYSIA

Assalamualaikum (",)

16-mei-2012, aku sedih bila masih ramai yang blurr blurr dengan 16-mei, 14-feb korang ingat pulak kan, how saaadddd, bila ditanya apa ada dalam bulan mei pon masih bluurr blurr . sedih nyaaaa . general knowledge kena tau jugak weyh . belajar sampai phd pon kalau general knowledge ZERO aku tak respek weyh . apatah lagi budak degree dapat dekan . lagi aku tak respek . sorry to say kawan . so back to the title, 16 mei 2012 .

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU untuk semua guru seluruh Malaysia, tak kisahlah guru ape pon . guru tusyen ke . guru silat ke . guru tari ke . yang penting tugasnya mendidik . the best teacher in the world is our Prophet, Nabi Muhammad SAW . dan guru pertama kita adalah ibu bapa kita . kena ingat tu !!

terutamanya guru guru di :

  • Tadika Permatang raja : 1996
  • SK Sg Tinggi : 1997 - 2000
  • SK Permatang Raja : 2001 - 2002
  • SAR Hidayah Al-Islamiah : 2000 - 2002
  • SMK Tat Beng : 2003 - 2007
    SM Teknik Taiping : 2006
  • Kolej Matrikulasi Melaka : 2008 -2009
  • Universiti Malaysia Sarawak : 2009 -2013(insya ALLAH)
semua guru guru kat semua tempat aku menuntut ilmu ni masih aku ingat, ade sesetengahnya aku masih berhubung . ALHAMDULILLAH . tadi hantar mesej hari guru dekat semua guru yang aku simpan nombor . excited dan happy sangat sebab diorang balas . tapi diorang lagi happy rasanya sebab anak murid yang hampir 5 tahun tinggalkan zaman sekolah nk mesej ucap 'selamat hari guru' . dan aku ada satu impian, untuk menjadi seorang pendidik satu hari nanti . tak kisahlah kat mana pon . tapi niat tu ada :)

aku memang hargai sangat sangat jasa cikgu cikgu aku terutamanya cikgu cikgu masa kat SK Permatang Raja, sebab diorang bagi aku peluang untuk tunjukkan bakat aku dalam hafazan . lepas tu jadi penolong ketua pelajar masa tahun 5 . masuk kuiz dan yang paling best sekali . buat persembahan hari guru alunkan lagu p.ramlee dengan rekoder . la ni kalau pegang rekoder sumbang mambang daaahhh . tapi of kos la aku berterima kasih pada cikgu cikgu SK Sungai Tinggi sebab pilih aku jadi pengawas sekoleh sejak aku tahun 2 lagi . masa tu 3 orang je jadi pengawas untuk tahun 2 . sejak dari tu la aku jadi pengawas sampai la tingkatan 5 . so aku memang tak penah pakai baju putih . kecuali time kat sekolah teknik, adalah dalam 2 bulan macam tu . bila masuk sekolah menengah pon bila cikgu tau aku penah wakil sekolah time sekolah rendah, aku dipilih untuk masuk hafazan prgkat daerah, nasyid, kuiz, forum, pantun, dan wakili sekolah untuk beberapa seminar . kira aku ni glemer jugak la *masuk bakul . hihhii . lepas tu aku jadi penolong ketua pelajar perempuan masa tingkatan 5 . aku ni GARANG tau masa sekolah . sila la tanya junior sekolah aku dulu . tapi kat sekolah je laaa .. sekarang tak lagi :)

terima kasih sangat sangat cikgu . sebab cikgu lah saya petah berkata kata dan berani ke hadapan sehingga sekarang . sebab cikgu jugak lah saya masuk universiti dan bakal tamat pengajian tidak lama lagi . kerana cikgu lah saya di sini sekarang . daripada tidak tahu menulis, membaca dan mengira . sampai lah expert mengira ln, log, dy/dx, integration, membaca al-quran, jurnal dan lain lain dan pandai menulis dengan *cantik sekali . (ok masuk bakul) . segalanya kosong dulu, tapi sekarang ALHAMDULILLAH mampu tersenyum bangga . dan masih mencari ilmu . doakan kejayaan saya yer cikgu . 

dan ada jugak cikgu yang telah kembali ke rahmatullah, al-fatihah untuk mereka . arwah cikgu jakaria, cikgu nazri dan cikgu marliana tetap di hati . semoga mereka ditempatkan bersama orang yang beriman . TERIMA KASIH CIKGU ..

memang tak terluah dengan kata kata kalau nak dihitung jasa pengorbanan mereka . mereka seperti ibu dan bapa kedua kita . mak abah adalah guru pertama aku . 22 tahun aku di bumi ALLAH, masih banyak ilmu yang pelu digali dan dicari . semoga ALLAH memberkati kehidupan guru guru ku . 

TERIMA KASIH CIKGU

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan