Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar
daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat? Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu,
kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di
bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah
S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa
ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi
orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan
pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang
proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita
tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran
sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran
walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi
inspirasi. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak
hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik
kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada
kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya
lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum
belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak
pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap
kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan?
Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang
untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca
topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan
terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini
sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu
hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu.
Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan
solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat
perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba
azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T.
Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar.
Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta
meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak,
dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi
tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study
untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat
kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu
bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah
namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula
belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu.
Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah
satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita
terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk
itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar
ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga
mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu
tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang
hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk
mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk
bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka
tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi.
Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya
kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
sumber :
suka entri ni .. :)
ReplyDeletethanks yer, share dr iluvislam
Delete