Bila dia datang
kepadaku, terasa ada getaran kecil di hati...
Bila dia datang
kepadaku, ada suara kecil yang memanggil namaku...
Bila dia datang
kepadaku, titisan air keluar daripada mataku kerana baru aku sedar banyak dosa
yang telah aku lakukan. Rasa bagai tidak akan diberi peluang untuk balik ke
jalan yang benar...
Bila dia datang
kepadaku, sebenarnya baru aku sedar dia tak pernah datang kepadaku tetapi
sentiasa berada di pintu hati menunggu pintu hatiku terbuka untuk memelukinya
dan takkan pernah ku lepas...
Bila dia di
hatiku, takkan aku lepaskan lagi dan aku sedar kini aku sedang cuba miniti
jalan yang benar...
Bila dia di
hatiku, dia membisik kepadaku untuk berubah dengan memberi seorang insan
kepadaku iaitu seorang insan yang sentiasa memberi semangat tak putus-putus
agar aku sampai ke jalan orang-orang yang soleh dan solehah...kasih sayang
daripada Maha Penciptaku dan insan itu bagai air sungai yang mengalir ...bonus
buatku!
Bila dia di
hatiku, kata syukur kepada Rabbku sentiasa ada pada sujud akhirku...
Bila dia di
hatiku, ku belajar menutupi auratku walaupun tidak sempurna tetapi lebih baik
dari ku membaluti auratku. Betapa sedihnya bila teringat kebodohanku dulu,
bertudung tapi menampakkan bentuk badan ...malu!
Bila dia di
hatiku, sentiasa aku berdoa agar hati ini istiqamah dengan perubahan pada diri
ini walaupun sedikit demi sedikit...
Bila HIDAYAH
datang di hatiku...
...
Sesungguhnya,
aku manusia yang lemah, tak kuat tetapi aku cuba kuatkan hati kerana aku percaya
Allah sentiasa denganku. Bisikan dan kata-kata manusia yang mengikut arus dunia
melemahkan semangat untuk berubah. Syukur Alhamdulillah aku sentiasa mendapat
semangat daripada yang tersayang. Ikhlaskan hati kerana Allah Taala...
Ya Allah,
ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgamu, tetapi tidak pula
ku sanggup menanggung seksa nerakamu. Kau pimpinlah aku menuju ke jalan orang
yang bertakwa iaitu orang yang mendapat hidayah. Istiqomahlah hati ini.
Kurniakanlah aku keluarga, kekasih, dan sahabat daripada orang yang soleh dan
solehah. Amin...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan