Ramai menyangka
perihal jodoh itu dapat dirancang. Kenyataannya tidak. Jodoh adalah ketetapan
Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.
Ramai orang yang
bercinta tetapi putus di tengah jalan. Mereka tidak bernikah kerana seorang
daripada mereka bernikah dengan orang lain yang baru dikenalinya. Ramai juga
yang bercinta bertahun tahun lamanya sebelum kejinjang pelamin kerana mahu
menduga pasangan masing masing. Kemudian apabila sudah bosan mereka berpisah
dan memberi alasan sudah tidak serasi. Mereka mencari pasangan lain yang
dirasakan tidak membosankannya. Akhirnya, mereka terjerumus ke kancah maksiat.
Apabila memilih
jodoh, bukan sedikit anak muda yang memandang paras yang rupawan, dan wajah
yang tampan, kekayaan dan harta benda. Banyak juga perkhawinan yang hancur
kerana pasangan masing masing sudah tidak cantik, tidak tampan ataupun jatuh
miskin. Ada juga orang yang bercinta dan sering keluar "dating",
tetapi akhirnya bernikah dengan orang lain.
Benar, jodoh itu
di tangan Allah kerana ramai yang bernikah bukan kerana nafsu ataupun cinta
buta, melainkan atas sebab agama.
Ada yang takut
mahu berkahwin kerana miskin, tetapi tanpa kita sedari hampir semua orang
menjadi kaya selepas berkahwin.
Apakah hikmah
daripada kisah kisah jodoh ini? Nampaknya, orang sekarang lebih mengutamakan
paras rupa, bentuk tubuh, harta kekayaan, dan keseronokan dunia dalam mencari
jodoh. Mereka seolah olah enggan mempercayai ketetapan Allah berkenaan jodoh
mereka. Sama ada orang itu sedang menyiapkan diri bagi bernikah ataupun baru
terfikir ke arah itu, ataupun sudah terlena dalam pergaulan bebas, hakikatnya
mereka lebih suka bercinta sebelum bernikah tanpa ada sedikit perasaan takut
kepada Allah. Bermacam macam alasan diberi kononnya sudah suka sama suka dan
tanpa segan silu mereka menjalinkan hubungan terlarang.
Malah ada yang
berkata perbuatan mereka itu adalah hak asasi sebagai manusia. Semuanya demi
membenarkan kesalahan masing masing. Asalkan tidak merugikan dan mengganggu
orang lain, pedulikan kata orang lain. Ternyata, mereka lupa pada hukum Allah.
Akibatnya, Allah memalingkan tujuan asal mereka yang mahu mencari jodoh demi
membina ikatan yang diberkati. Nauzubillahi Min Zalik.
Ada juga yang
beranggapan bercinta dahulu sebelum bernikah juga penting kerana pernikahan
hanya sekali seumur hidup. Malah, ada yang bercinta lebih daripada sekali.
Apabila berumah tangga, mereka mula berasa bosan kerana sudah biasa bertemu
mesra. Dalam majlis perkahwinan, sudah tidak ada perasaan berdebar debar,
teruja dan kejutan. Sebaliknya, terasa hambar dan basi seolah olah tidak ada
yang istimewa lagi.
Pada mereka yang
memegang prinsip "jangan sampai tersalah pilih", mereka seronok
bertukar tukar kekasih sebelum bernikah. Mereka rela menjadi bekas kepada
kekasih hati mereka sendiri. Kemudianya, mereka berumah tangga selepas penat
bercinta semasa muda. Apabila lanjut usia, mereka bernikah dengan pasangan yang
seadanya sahaja kerana sudah tidak kuasa mahu mencari pasangan lain yang lebih
baik, sedangkan pernikahan adalah seumur hidup.
Satu lagi alasan
bagi menangguhkan pernikahan sehingga sudah lanjut usia adalah mahu bersedia
zahir dan batin. Akibatnya, apabila sudah sedia mahu berumah tangga, tidak ada
pula gadis ataupun jejaka pilihan hati yang dapat diajak ke jinjang pelamin.
Akhirnya, kerana tidak ada pilihan dan tidak daya lagi menahan nafsu, mereka
berkahwin dengan siapa sahaja yang sudi. Kesudahannya, pernikahan dilansungkan
tanpa membuat pertimbangan kualiti amalan agama, keturunan, dan akhlak pasangan
masing masing.
Malang nasib
mereka yang lambat bernikah kerana mahu bersedia zahir dan batin. Realitinya,
orang itu sudah bersedia bernikah. Bekalan berumah tangga semua sudah cukup
tetapi rasa waswas menyelubungi mereka kerana asyik memikirkan sebab sebab dan
akibat selepas bernikah. Apabila dikurniakan cahaya mata, anak yang menjadi
mangsa.
Mengapa? Anak
yang meningkat usia remaja dan mahu melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi
, pasti memerlukan belanja yang besar. Malangnya, ibu dan ayah sudah tua dan
tidak berdaya mahu bekerja keras mencari pembiayaan pelajaran anak. Akibatnya,
pelajaran anak yang tersekat.
Sememangnya ini
bukan rahsia lagi. Anak anak muda nampak bingung kerana memikirkan segala
masalah yang disebutkan tadi, sedangkan mereka sudah bersedia bernikah. Sayang
sekali, anak anak muda sekarang mudah goncang jiwanya kerana dilanda krisis
kepercayaan dan kerohanian. Mereka terjebak dalam khayalan memuja muja fizikan
tubuh dan nafsu yang berlebihan.
Akhirnya,
kesempurnaan hanya milik Allah. Selain Allah, pasti ada kekurangan, termasuk
diri ini. Sekiranya ada salah dan silap dalam apa jua bentuk, saya mengalu
alukan kritikan dan saranan daripada pembaca yang budiman.
sumber:
Honestly I've a bf and he wasn't a handsome boy but for me, he is everything. Sometimes they asked me "why you choose him, u'r pretty and you can have better than him". Then I remember this phrase from Lagenda Budak Setan, "Saya mencari cinta, bukan mencari lelaki". He is a good son to his parent, he is a good staff to his company, he is a good brother to his sibling, all in all he is enough for me. And also my lecturer had ever told me this- "Yang menjamin bahagia itu bukan paras rupa dan harta, tapi hati."
ReplyDeletethats rite dear, rupa paras tak menjamin bahagia, keindahan luaran hnya sementara, kalau itu dijadikan faktor cinta, ternyata ianya hanya sementara. tapi kalau hati dijadikan ukuran cinta. insya ALLAH ianya akan kekal hingga kesyurga, yg pntg nawaitu LILLAHITA'ALA .. berkat kehidupan dunia dan akhirat
Delete