12 September 2012

ALLAH sedang menguji kamu sayang (",)

Assalamualaikum (",)

setelah sekian lama mendiamkan diri dengan entry entry yang membina , hari ni aku kembali . hai semua . ape kabar iman kita hari ini ? tepuk dada yer . pagi tadi masa tengah siap siap nak ke kampus (al-maklumlah dan jadi pemetap luar kampus) . aku terfikir tentang satu topik . kebetulan pulak masa tu dekat siara THR GEGAR buat topik "putus tunang" . aku pun terfikir laa . beberapa kejadian yang aku kira ianya berlaku dekat dengan kehidupan aku . jiran sekampung mungkin . 

sesetengah orang melihat situasi putus tunang ini adalah situasi yang teruk . "apela putus tunang macam tu" . "tu la betunang lagi awal awal" . tidak bagi aku . pada fahaman aku bertunang itu hanya satu fasa mengenali seperti berkawan biasa . cumanya bertunang itu adalah menandakan yang si dia telah di'booking' . ermm . kasar sikit istilahnya ::


“Khitbah” (Bahasa Arab) / “bertunang” (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya? Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta’arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

“Khitbah” di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna ‘melamar’ wanita untuk dijadikan bakal isteri. “Melamar” ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan ‘masa’ berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat. 

makanya, kalau putus tunang pon bukanlah satu masalah yang besar . tapi itulah, masyarakat kita melihat semua ni macam bukan satu perkara yang tidak baik . of kos laa . tapi kita kena tahu, bertunang bukan tiket untuk berdua duaan, dating, berpegang tangan, sebabnya bertunang sama ja macam kawan . anggaplah kalau putus tunang tu sudah tiada jodoh . Rasulullah sendiri pernah pesan, kalau tak sesuai dengan pasangan kita, kita boleh putuskan janji tu . kalau kita rasakan yang pasangan kita itu sesuai dengan kita dari segi kehidupan dan yang penting hati .

kerana itu, bagi saya untuk memilih pasangan hidup wajib mengenali seluruh kehidupannya . bagaimana ? saya tidak cadangkan untuk berdating, bersms dan berchatting tanpa pemantauan, kebenaran dan pengawasan walinya . atau mahramnya . itu perlu ingat . Islam mengajar kita cara yang terbaik untuk mengenali pasangan kita dengan cara melalui ahli keluarganya . berhubung apabila perlu . tiada kata sayang dan cinta sebelum nikah . kerana setelah nikah nanti hilang , hambar kemanisannya . berdasarkan pengalaman teman teman yang tidak bercinta dengan pasangannya sebelum nikah, jodoh ditentukan keluarga atau saudara islam, ternyata cinta selepas nikah itu lebih indah . itu kita akan kupas dalam isu akan datang .

pada saya, bertunang tidak perlu satu tempoh yang terlalu lama, dengan alasan nak kumpul duit KECUALI kita menjaga batas batas pergaulan dan sekiranya sesuatu berlaku semasa pertunangan itu, dan menyebabkan putus , jangan sesekali menyalahkan takdir, saya tidak memandang serong kepada mereka yang mengalaminya, tetapi alangkah sedihnya kepada mereka yang sesetengahnya dihina, diumpat dan diperli kerana tidak kekal hingga ke alam perkahwinan . bagi saya . ISLAM mengajar kita untuk sentiasa bercakap tentang perkara baik dan jangan sesekali menghina orang lain .

bagi mereka yang mengalami situasi ini, nasihat saya, bersabarlah, mungkin ALLAH telah menjanjikan yang lebih baik untuk anda . mungkin ALLAH temukan dengan orang yang salah sebelum kita menemui orang yang betul dan baik di hati kita . ALLAH sedang menguji kamu sayang (",)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan