12 September 2012

hati bersih, ilmu berkat :)

Assalamualaikum (",)

melihat kepada kecanggihan teknologi ICT sekarang ni kadang kadang buat aku rasa sedikit gusar. Kenapa ? dunia tanpa sempadan . istilah itu cukup jelas untuk memberitahu kepada kita bahawa apa sahaja bagaikan memetik jari untuk mendapatkannya, segala maklumat mudah untuk diakses . ya . ada kebaikannya dan juga keburukan yang kita pandang enteng kadang kala .

kegusaran aku apabila melihat kanak kanak semuda 7 tahun yang melayari internet saban masa tanpa pengawasan orang dewasa . zaman sekarang ini tiada lagi galah panjang, rounders, bola sepak, main guli atau gasing . semuanya dihujung jari, bahkan anank buah aku yang berusia 9 tahun yang memilih untuk bersukan melalui game di dalam internet . tidak salah untuk bermain game yang ada, tetapi masa harus ditetapkan untuk hanya beberapa ketika . biarkan mereka bebas bermain diluar rumah dengan pengawasan orang dewasa .

begitu juga halnya dengan remaja remaja yang masih bersekolah dan terutamanya mereka yang bakal menghadapi peperiksaan penting seperti PMR, SPM dan STPM @ STAM . boleh dikatakan setiap masa online ruangan sosial milik encik mark . aku bukanlah nak menghalang, tetapi kita harus ingat . kelalaian boleh berlaku bila bila masa . kebebasan yang dahulunya terkawal bukan lagi milik ibu bapa . tetapi sosial media yang kian popular membuatkan remaja masa kini lebih suka dihapan PC atau lappy atau henfon untuk berchatting . tiada lagi masa untuk berborak bersama keluarga dan menziarahi jiran tetangga .

ada baiknya juga sosial media yang ada . boleh berkongsi maklumat assignment atau kerja sekolah . aku tak menyalahkan mereka, tetapi segalanya haruslah terkawal . bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan penting beberapa bulan sahaja lagi, nasihat aku . kawal lah masa untuk ber'online' . kurangkan masa melayari internet . banyakkan usaha untuk berjaya :) 

main point kat sini, adik adik yang masih bersekolah, kurangkan ber'online' . tumpukan perhatian pada pelajaran dan elakkan melakukan perkaran yang dilarang ALLAH . jangan kotorkan hati dengan perkara maksiat dan perkara yang boleh membawa kita ke arah maksiat . hati perlu bersih untuk menuntut ilmu :)

*alhamdulillah, zaman aku dulu sosial media belum lagi popular, kalau tak, macam mana yer ?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan