19 September 2012

Allah punya rencana yang lebih baik

Assalamualaikum (",)


jika diingatkan kembali, bagaimana aku menangis saban malam mengenangkan nasib aku yang sentiasa dirundung malang , hati ini makin kuat dan tabah . namun sekali sekala aku pasti tewas dengan rasa hati yang seringkali berduka lara . masih aku ingat sewaktu keputusan semester  5 diumumkan . betapa hati aku hancur apabila impian untuk menamatkan pengajian tepat pada masanya terkubur begitu sahaja . kenapa begitu sukar untuk aku kecapi kejayaan dan kegembiraan seperti orang lain ? kenapa ? itu lah pertanyaan yang seringkali terbit di hati ini . astaghfirullahal’azim .

hari yang aku lalui bagaikan kosong, hambar tanpa warna . senyum yang terukir di bibir seakan akan kelat . hampir setiap malam aku mengenangkan nasib aku sambil berendam air mata . terlalu sukar untuk aku terima . tatkala sahabat seperjuangan bergembira untuk menamatkan pengajian, sedangkan aku berperang dengan jiwa sendiri . sedangkan semuanya tidak akan berubah dan tidak sama sekali berubah . lagi deras airmata aku mengalir apa bila terkenangkan wajah mak dan abah . harapan mereka bagaikan hancur . tetapi aku sangat bertuah kerana mereka sangat memahami, walaupun hati aku memberontak dengan 1001 penyesalan .

kini aku meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar walaupun kebanyakan sahabat aku sudah ula menjengah alam kerjaya . aku masih berjuang untuk sekeping ijazah . walau apa pon terjadi, aku akan berusaha menggembirakan kedua orang tua aku . kelat ku rasa kan . pahit yang aku telan . aku gagahi walau payah . setiap hari aku mengadu kepada ALLAH . menangis kepada-NYA . hanya DIA tempat aku meluahkan segala yang terbuku di hati . hari yang aku lalui penuh dengan kekosongan dan penyesalan . namun aku redha dengan apa yang terjadi . aku yakin ALLAH punyai perancangan yang Maha Hebat untuk aku . semoga berkat kesabaran ini akan memberi aku kebahagiaan nanti J

sahabat ku . jangan mengalah dengan ujian yang hadir . hadapi dengan tabah . walaupun terpaksa menangis mengenangkan nasib diri yang tidak sama dengan orang lain . SABAR lah . sabar dan sabar . semoga ALLAH memberi kita ganjaran sebaiknya nanti . orang tidak tahu apa yang kita alami . malah apa yang telah terjadi . bukan atas kemahuan dan kerelaan kita . namun, kita adalah insane yang terpilih oleh ALLAH untuk menghadapi semua ini . kerana ALLAH yakin dengan kemampuan kita .

sekarang aku berusaha untuk kembali ceria . dengan kehadiran sahabat disisi aku semakin yakin dan bersemangat untuk kembali mencapai apa yang aku impikan . aku juga yakin bahawa kejayaan itu akan lebih manis selepas melalui segala kesulitan . aku juga yakin, ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku . hanya SABAR yang mampu aku lakukan . hanya DOA mampu aku luahkan sebagai tanda aku bergantung harap kepada keredhaan ALLAH . “Allahumma yasir wala tu’assir” . semoga ALLAH memudahkan perjalanan hidup aku J

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan