25 September 2012

tinta untuk sahabat

Assalamualaikum (",)

buat sahabatku,

Assalamualaikum wbt. Setelah sekian lama aku pendam sendiri semua rasa kecewa yang terbenam dalam hati ini, aku rasa biarlah aku lepas segalanya. Sebab aku rasa sangat terbeban dengan perasaan sendiri. Antara rasa suka atau duka. Ini lebih penting. Kerana kasih seorang sahabat. Aku sanggup berendam airmata. Kerana sayang seorang sahabat. Aku turut merasa duka dibenak jiwa. Sungguh, aku sangat kecewa. Aku kehilangan seorang teman yang selama ini ada disebelah aku setiap masa. Seperti yang telah lama aku rasakan, kau pergi tinggalkan aku sendiri. Sahabat, kau adalah yang terbaik bagi aku. Kau sahabat aku dunia dan akhirat. Di saat orang lain meminggirkan aku, mengetepikan perasaan aku. Kau ada bersama aku. Tak pernah pergi.

tapi kini 2 bulan telah berlalu. Kau pergi hanya dengan kata kata "aku mampu hadapi masalah aku sendiri". Aku terguris terhiris. Nyata sungguh, kau tak perlukan aku lagi. Tahukah engkau wahai sahabat. Kau adalah yang terpenting dalam hidup aku selepas keluarga aku. Kau ada bersama aku ketika aku susah dan senang. Tapi sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Berat rasa hati untuk terima semua ini. Tapi apakan daya, kita manusia biasa yang tak terlepas dari khilaf dosa dan noda. Kini aku merelakan kau pergi mencari haluanmu sendiri. Aku pasrah dan rela. Semoga kau lebih bahagia dengan teman baru.

Aku tak pernah rasa kecewa macam ni. Selama ni, walau apa pon yang berlaku, aku pendam dan simpan sendiri. Tapi untuk kali ni, aku letih, penat, dan lelah menjaga perasaan seorang lain. Dan akhirnya perasaan aku terabai. Ampun kan aku sahabat. Aku terpaksa. Semoga Allah merahmati kehidupan kita berdua. Barakallahu feek :)

sahabat , andai ini tinta terakhir dari aku. Maafkan aku atas segala kekhilafan aku sepanjang perkenalan kita. Kehilangan dirimu dalam hidup aku sangat memberi kesan dan sangat dirasai. Aku kira, kita tak perlu menjadi kawan sejak dulu lagi. Aku redha.

for u , MHS :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan