19 October 2012

Bila dugaan itu menyapa, aku REDHA

Assalamualaikum (",)

dugaan semester ini dan akan datang . sedih yang amat sangat . tapi airmata tu tak nak keluar . tak tau samaada dah kering atau aku sendiri yang dah immune dengan semua ni . satu persatu dugaan tu datang . tak mampu untuk aku tepis tapi aku jadikan orang sekeliling aku sebagai motivasi . aku bermasalah besar ? nope ! bagi aku, ada orang lain yang lebih bermasalah besar daripada aku . at least aku ada family yang membantu . kawan kawan yang beri nasihat dan sokongan . so, kenapa perlu aku down ?

sedih tetap sedih . tapi cuma sekadar mengenangkan nasib . perjalanan aku seharusnya lebih berliku selepas ni . aku perlu berusaha lebih kuat untuk dapatkan keputusan yang cemerlang dan mencari duit poket untuk kegunaan harian . bantuan kewangan dah ditamatkan sebab hanya diberi selama 6 semester sahaja . sedangkan aku dengan sendirinya telah menambah lagi 2 semester . aku tahu ini perit dan akan menyusahkan ramai orang tapi aku lebih menyesal sekiranya aku konvo dengan pointer yang cukup cukup makan . tak pe lah sakit sikit kan . mana lah tahu di masa akan datang ada kemanisannya .


untuk pertama kalinya aku perlu bersusah payah sebab aku rasa dah terlalu lama aku bersenang lenang dan bersuka ria . tapi tak akan sesekali aku meminta minta . biarlah apa pun yang aku hadapi aku cuba selesaikan sendiri . sehinggalah sampai satu masa aku tak mampu menahan seorang diri . masa tu aku cuba mengatur bicara untuk berkongsi luahan rasa .

amat perit sebenarnya menjadi NORBAIAAH SANAPI . tapi aku tahu insan yang bernama norbaiaah ini tabah orangnya . nak mengalah ? satu tahun sahaja lagi . rugi kalau mengalah disaat mcam ni . apa yang aku pinta, doakan ketabahan aku . doakan ketenangan aku . doakan kesejahteraan aku . doakan kebahagiaan aku dan doakan kejayaan aku di dunia dan akhirat . aamiin . dan aku kembali mendoakan yang terbaik untuk semua orang yang menyokong aku selama ini . 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan