Anda inginkan petua-petua untuk
menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?Apa kata kita renungkan kembali
beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan
surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh
Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan
keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal
disebutkan dibawah.
Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam
satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan
dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
Prioriti.
Mengutamakan apa yang utama
"dan orang-orang
yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak
berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi
musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan
menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan
seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah
kita peruntukkan.Sebaik-baiknya kita
mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita
dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok
baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan
bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita
gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca
Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan
lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji
pelajaran.Kita dikehendaki menghindarkan
diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini
tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah
untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan
dosa dan kemurkaan Allah SWT.
Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di
saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan
mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang
termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing
is caring.
Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan
belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin
tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan
lelaki/perempuan anda.Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi
dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
Jujur, amanah
"dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
"dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji
dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih
penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan
peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada
kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan
di akhirat sana? Elakkan menipu ketika
peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana
masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah
"Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil
'azim."
Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam
konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan
berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan
produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti
menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan
kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima
kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau
berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya
mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama
dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana
kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa
gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat
untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi
syurga-Nya.
" Mereka itulah
orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka
kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di
antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di
dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara
mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah
orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah
sangat cepat perhitungannya." [2:202]
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan