23 November 2012

doa untuk-Mu

Assalamualaikum (",)

ya Allah, aku hidup ini hanya mengharapkan keredhaan-Mu, dalam apa jua yang aku laksanakan hanya keredhaan-Mu menjadi impian ku, hidup ku matiku hanya kerana-Mu ya Allah . ujian yang kau berikan kepada aku, menjadikan aku lebih kuat dan tabah dari sebelumnya . terima kasih ya Allah . 

ya Allah ,kau jadikanlah aku wanita yang solehah, anak yang solehah, isteri yang solehah, sahabat yang setia, amanah, jujur dan baik hati, ya Rahman, Kau jadikanlah aku pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah, Kau jadikanlah aku wanita yang solehah untuk suami yang soleh, untuk anak anak yang menjadi pejuang agama Allah . ya Rahim, kau kurniakanlah aku suami yang soleh wa musleh . kau jadikanlah wanita yang patuh pada agamaMu . kau berilah aku kekuatan agar aku terus berusaha menjadi wanita solehah idaman lelaki soleh

ya Allah, Kau bersihkan lah hatiku daripada sifat dengki, iri hati, benci, dendam, angkuh dan sombong ya Allah, kau berilah segala kebaikan yang ada pada seorang wanita ke dalam hati aku .

ya Allah, kau berikanlah kebahagiaan kepada mereka yang aku sayang, keluarga ku, sahabat handai ku, guru guru aku dan seluruh muslimin muslimat di muka bumi ini . semoga segala kebaikan yang ada pada seorang muslim itu ada pada hati mereka ya Allah

sungguh, aku cintakan saudara ku seperti aku mencintai riku . aku menyayangi saudara seperti aku menyayangi diri aku . Kau jagalah mereka untuk aku .. kau jadikanlah mereka wanita yang solehah dan lelaki yang soleh, Kau pelharalah iman mereka . Kau berilah mereka hidayah agar mereka teguh di jalan-Mu

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan