Bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
Perlahan aku letakkan Al-Quran tafsirku yang comel di sisi sambil airmata bergenang di kelopak mata. Allahuakbar, saat ini hati aku meronta dipaut kesedihan melampau terbayangkan saudara ku di Gaza. Isu ini terhenti seketika satu masa dahulu, namun baru baru ni IsraHELL mula menunjukkan kekuatan hampeh mereka. Tiada apa yang mampu aku bantu wahai saudaraku. Hanya doa mampu aku kirimkan setiap helahan nafas aku. Aku lihat ke luar jendela, cuba memcari bayangan kepulan asap dan teriakan orang ramai seperti di Gaza sekarang. Aku cuba untuk memahami, tapi itu semua diluar kemampuan aku kerana aku bukan di Gaza.
"Wahai Tuhan kami yang menurunkan kitab
(Al-Quran), dan yang menjalankan awan, dan yang menghancurkan tentera
Ahzab, hancurkanlah mereka dan bantulah kami terhadap mereka"
Ameen Ya Robb.
Ameen Ya Robb.
Ya Allah,Sesungguhnya kami bermohon
pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu
dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMu. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan,
bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah
dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah,
selamatkanlah saudara seislam kami di Gaza yang di zalimi oleh kekejaman
rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala
kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya
Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Al Fatihah.
akan aku terus berdoa seumur hidup ku . dan lirik in shaa Allah yang sangat menyentuh hati aku "dont despair and never loose hope, coz Allah is always by your side"
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan