11 November 2012

Jodoh yang soleh/solehah

Assalamualaikum (",)

love . LOVE and LoVe . 

love is when two hearts from different directions meet at a junction to form a station .

wahhh, topik jiwang di situ . sepanjang umur aku hidup 22 tahun 10 bulan . belum penah lagi aku memberi sepenuh cinta hati aku kepada seorang insan bernama LELAKI . ya ! aku mengaku zaman sekolah dulu ada la minat minat kat orang tapi bercinta sampai nak rak , tak penah lagi . bila aku masuk universiti, aku belajar apa itu erti cinta melalui pembacaan dan perkongsian pendapat dengan kawan kawan . dan mulai dari itu aku dah tekad untuk simpan cinta suci ini untuk lelaki bernama suami . nampak susah kan . sebab nak kena sabar sampai selepas akad nikah yang kita sendiri tak tahu bila jodoh kita sampai . cuma hari hari aku buat ::


YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH

Amalkan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang kali sepanjang anda duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. 

Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah “Allahuakhbar”, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati. 

(Untuk mempercepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya).

kita ni digalakkan untuk berusaha . bukannya tunggu tunggu dan tunggu :) selain itu ada lagi caranya .. ayat ayat dari surah Yusuf, surah Yunus  dengan surah Qasas :

Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh Yang Soleh

Kelebihan surah Yusof ayat 4
surah yusuf ayat 4
surah yusuf ayat 4
(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya.Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.

Terdapat beberapa kelebihan surah yusof dan diantaranya adalah orang akan hormat dengan diri kita dan tidak akan marah tanpa sebab yang munasabah.

Kelebihan surah Yunus ayat 81
surah yunus ayat 81
surah yunus ayat 81
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu),Nabi Musa berkata,Apa yang kamu datangkan itu,itulah sihir sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) Sesunggunya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Adakalanya tanpa kita sedari,sebenarnya ada manusia yang mempunyai perasaan dengki terhadap diri kita.Walaupun dihadapan kita sikapnya adalah terbaik,tetapi dibelakang,dia cuba 1001 cara untuk menjatuhkan diri kita hanya untuk kepuasan yang sementara.Oleh itu dengan mengamalkan doa dari surah yunus ini,kita berdoa agar dilindungi dari sebarang ilmu sihir kerana yakin dan percaya semua kekuasaan adalah hanya dari Allah S.W.T sahaja.


Kelebihan  surah Qasas Ayat 24

surah qasas ayat 24
 
Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.

Ketika Nabi Musa A.S berdoa dengan ayat ini,baginda adalah seorang yang fakir dan amat memerlukan pertolongan daripada Allah pada ketika itu.Di dalam sejarah ada menceritakan selepas itu Nabi Musa telah mendapat perkerjaan dan berkahwin dengan salah seorang puteri yang ditolongi olehnya pada ketika dia berada dalam kesusahan. Oleh itu kita seharusnya berdoa dan meminta hanya kepada Allah dan biarlah keadaan dimana  jiwa kita dalam keadaan yakin 100% kepada Pencipta.

Ketiga-tiga ayat diatas adalah sesuai diamalkan untuk cepat bertemu jodoh dan InsyAllah setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya.

usaha, doa insyaALLAH berjaya . ini bukan gatai atau gedik nak kawen . nak mencari yang terbaik tu perlu ada usaha yang berterusan . 'good comes late' right ? so berdoa lah dari sekarang .

Rabbi yasir wala tu'assir (",)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan