13 November 2012

kadang kadang yang PERTAMA itu yang terbaik

Assalamualaikum (",)

wahhh, tajuk .. sakan kau bai'ah . hikhik . bukan ape . terlalu banyak .. (errrr . banyak ke .. boleh laa, lebih dari satu) . benda yang berlaku dalam hidup aku yang buat aku fikir . yang pilihan pertama tu adalah yang terbaik . contoh mudah . dalam exam . kalu kita jawab . then kita tulis jawapan yang mula mula terlintas di hati kita . tak sempat beberapa minit kita tukar jawapan tu . bila dah dapat keputusan tengok tengok salah, semak semula, jawapan pertama yang kita jawab tu adalah jawapan yang betul . see . betapa Allah menguji kita .

tapi itu normal . yang keduanya . masuk kali ni, dah 4 kali kursus pra perkahwinan dianjurkan di universiti aku . tapi ni jugak kali ke-4 aku tak dapat join atas sebab bertembung dengan program lain yang dah aku mendaftarkan diri . kali ke-4 . yang pertama dulu sebab clash dengan fieldtrip . kali kedua pon sama jugak . kali ketiga clash dengan fieldwork PTA . kali keempat clash dengan kem remaja soleh . kem ni free . anjuran satu NGO kat sarawak ni . ok aku pasrah . maybe belum masanya untuk aku pegi kursus tu sebab belum sampai masanya untuk aku kahwen agaknya . i guess . 

pikir pikir balik . ya ! everything happen for reason right . Allah nak aku gi kursus kawen dengan bakal suami aku nanti . itu lagi sweet . kikiki . Allah telah merancang sesuatu yang lebih indah yang aku sendiri tak tahu ape bendanya . so apa yang aku perlu buat sekarang . sabar laaa .

itu je contoh aku, so aku amek pendekatan berfikiran positif . kalau dah sampai masanya . ada jugak nanti . and pasal kahwen tu . aku pon rasa pilihan pertama aku yang terbaik . siapa ya ? tunggu apabila tibanya nanti . bajet artis . takmau la heboh heboh takut tak jadi nanti malu . ye la over kau cerita pasal bf kau sana sini . sayang sana sini . at last tak jadi suami kau pun . eh ruginya 'sayang' yang kau keluarkan tu . so sekarang ni prinsip aku perkataan 'sayang' hanya untuk suami aku yang sah . yes sah ! tak tahu lah berapa tahun kena tunggu tapi aku nak perkataan tu jadi sesuatu yang istimewa . just for you dear . 

so adik kakak abang diluar sana . hidup ni biar ada kejutan dan pegangan . jangan ikut hati . ikut kata dan emosi . ikut lah syariat yang telah Allah tetapkan . belum terlewat untuk berubah . kalau rasa dah sayang sangat . kahwen lah . eh lepas kahwen pon still boleh belajar dan capai cita cita . fikiran tu jangan sempit sangat . kalau rasa tak mampu jangan bercinta lagi . insya Allah kalau kita sabar , Allah akan berikan sesuatu yang indah untuk kita . Allah tak akan mengecewakan hamba-Nya . kita je dok kecewakan Allah .

banyak pulak kesimpulan ek . ok lah tu je nak ingatkan untuk anda dan untuk aku jugak . (",)

2 comments:

Terima Kasih . Syukran Jazilan