14 November 2012

Kelebihan Al-Insyirah

Assalamualaikum (",)

selamat pagi !! entry kedua untuk hari ni . eh ketiga rasanya . ok ! so untuk kali ni, nak share pasal kelebihan @ rahsia surah Al-Insyirah . Surah Al-insyirah ni kalau kita susah hati, rasa gelisah dan keluh kesah, tak sedap hati, tak tenang hati, kita boleh amalkan selalu . insyaAllah kalau niat kita betul dan berterusn, hati kita akan dilapangkan oleh Allah dan kesusahan akan digantikan dengan kesenangan .

surah al-Insyirah adalah surah ke-94 dalam Al-Quran. Ada 8 ayat . Al-Insyirah (Perihal melapangkan dada Nabi) ni dinamakan sebab pada awal ayat kat surah ni Allah SWT tegaskan tentang ikmat yang dikurnikan kepada Nabi Muhammad SAW (diisi dengan iman dan petunjuk). dan surah ni wajar diamalkan dalam kehidupan sebab terlalu banyak manfaatnya ..


Terjemahan ::

  1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu; dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pentunjuk?)
  2. Dan Kami telah meringankan daripadamu; bebanmu (menyiarkan Islam);
  3. yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya?)
  4. Dan Kami telah meninggikan bagimu; sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan?)
  5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan
  6. Bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan
  7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh sungguh engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
  8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)
Kelebihan Surah Al-Insyirah ::
  • Nabi Muhammad SAW bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku"
  • Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya
  • Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya . dihilangkan segala sifat kesal dan jemu . serta mendatagkan rajin dalam mengerjakan solat.
  • Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempita hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Fadhilatnya ::
  • mempermudah segala urusan, terlepas daripada kesusahan, dimurahkan rezeki, hilang dukacita, luas fikiran, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas . amalkan membacanya 7x selepas solat fardhu.
  • Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahjjud ditengah malam dan baca surah ini 10x atau lebih banyak menurut kemampuan . insya Allah hajatnya akan tercapai
  • amalkan membaca surah ini, insyaAllah terjauh daripada wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit
  • untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh
  • barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadannya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT :: caranya-> dibaca dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan . ekmudian dibaca surah ini sebanyak 3x dan mohonlah supaya dilapangkan dada
  • doa untun menghalang anak anak bergaduh . bacalah al-fatihah dan selawat diikuti dengan surah al-Insyirah sebanyak 7x kemudian bacakan ayat 200 surah al-imran serta doa berikut :"Allahumma allifbaina qulubihim wa ashlih zata bainihim". selepas itu dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak anak . boleh juga dihembus di ubun ubun anak pada setiap malam . insyaAllah akan mudah lembut hatinya dan mudah mendengar kata
  • surah ini jika dibaca pada air sebanyak 111x dapat menyembuhkan penyakit batu karang . air ini dapat menghancurkan batu tersebut.
  • jika diamalkan surah ini sebanyak 200x pada tiap tiap ketika matahari naik (waktu dhuha) insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara perkara ghaib
  • surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum insyaALlah akan hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut . jika dilakukan 7 hari berturut turut akan kuat daya ingatannya
semua ini hanyalah ikhtiar kita, selebihnya berdoa dan berserahlah kepada Allah, kerana Dia adalah penentu segalanya . usaha doa dan tawakkal . moga Allah permudahkan segalanya .

sumber:http://seleraputeri.blogspot.com/2012/09/rahsia-surah-al-insyiraah.html 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan