16 November 2012

pengajaran hari ini

Assalamualaikum (",)

selamat petang . alhamdulillah untuk urusan hari ni baik baik aje . yang tak berapa baik itu cumanya . apabila kelas pagi tadi di batalkan tatkala aku telah menapak naik tangga dan hampir tiba ke kelas lebih kurang 100m anggaran aku . itu cuma sekitar fakulti . belum lagi dikira perjalanan aku langkah demi langkah KAKI dari rumah (sewa di Desa Ilmu) ke Pusat Info (dimana semua bas berkumpul disitu) untuk ke fakulti terCHENTA .  as usual hari Jumaat aku berjubah hitam dan bertudung Rozello pink . HITAM itu penyerap haba yang bagus dan belum lagi sampai ke kelas peluh menitik dh . ohh tak berbau sebab aku guna deoderant yang halal .

dan perjalanan dari rumah dengan langkah yang panjang . mana tak nya kejar bas jam 10pg . sedangkan kelas 10pg . ok itu aku . yang penting aku pegi kelas ok . tak de ponteng . dan tetiba *suspen . ade 3 ekor anjing sedang bermain main di jalan pintas (shortcut) yang selalu kitorang guna . dan lantas aku berkata . "ok, aku rasa aku tak kuat nak lalu depan makhluk itu" . dan ohhh, terpaksa patah balik . semangat nak cepat tetapi tukar plan kerana 3 beradik itu *i guess . semuanya ok aje .

dan sempat jugak bank in kan duit kepada supplier tudung yang aku nak jual . eh lupa nak kabor . aku bawak bekal bihun goreng hari ni . kak jannah masak . save disitu untuk lunch . semuanya selamat sudah


jam 12.30, ku pegi kuliah siswi, setiap jumaat, di ctf2 . tajuk hari sangat memberi aku ransangan untuk tidak menguap lantas mata kuyu tapi tak pejam mata je . saya budak baik ok . tak tidur dalam kelas . tentang WANITA . mawar yang mekar . for the first time aku tahu yang apabila seorang wanita itu menuntut fasakh terhadap suaminya, mereka tidak boleh berkahwin semula @ rujuk . walaupun wanita itu telah berkahwin dengan orang lain selepas bercerai . sebab . wanita itu yang meminta cerai . sebab kalau kita ikut proceeding penceraian "tebus talak @ fasakh" tempohnya lama, kerana memberi masa kepada pasangan untuk berdamai . ohh . banyak benda lagi aku tak tahu . 

so aku belum layak untuk berumah tangga . aku akui itu . itu sahaja untuk siang hari ni, malam tak tahu lagi . anyway . LOVE U

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan