16 November 2012

Tips Tips Hijrah Diri

Assalamualaikum (",)


meh sini nak share sekeping poster yang dapat jadi panduan untuk mereka yang langkah pertama untuk berubah, ape pun yang paling penting adalah hati . kita berubah bukan sebab nak dapat suami ustaz atau nak dapat pujian ::

yang pertama NIAT KERANA ALLAH

yang kedua target . apa yang nak kita ubah dan target apa yang perlu dicapai untuk sepanjang perubahan kita tu supaya kita ada matlamat . sebab ape yang kita lakukan di dunia ni perlu ada matlamat, kalau tak sia sia la ..

yang ketiga mencari suasana dan rakan yang baik . how ? dekat diri dengan majlis ilmu, dekatkan hati dengan masjid . carilah rakan rakan yang selalu mengajak kita ke arah kebaikan . kawan aku penah cakap . kalau niat kita betul nak berubah, Allah akan anugerahkan rakan rakan yang baik untuk kita . tak percaya . cuba la

yang keempat, bersabar dengan mulut orang . bersabar dengan ujian dan cemuhan . seriusly kalau nak berubah its not easy . nak istiqamah susah . most yang berubah ramai yang separuh jalan . tak istiqamah sebab tak tahan dengan ujian yang Allah bagi . ye lah, dulu free hair segala, tetiba bertudung mesti ada mulut mulut yang cakap belakang . so SABAR

yang terakhir ialah DOA . doa kepada Allah jangan tinggalkan . tetapkan hati di jalan Allah . dengan doa "Ya Allah yang memutarbalikan hati, tetapkanlah hatiku pada jalan-Mu"

so my dearest muslimah + muslimin . ayuh berubah ! sahut cabaran aku pliss . hikhikhik

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan