Assalamualaikum (",)
ade macam tajuk lagu tak ? ramai jugak yang bertanya, macam mana aku handle life aku yang macam ni . macam mana eh ? semua orang hidupnya penuh suka dan duka . betul tak . mana ada orang hidupnya suka sentiasa atau duka sentiasa . maka tidak wajarlah kiranya kalau cakap hidup aku ni ja berliku . am i right ?
sejak aku sekolah lagi, aku bukanlah yang terbaik . tapi kesungguhan aku yang beri aku peluang untuk menjadi yang terbaik, aku tak genius . just a simple person . tapi masa sekolah memang fikiran tak matang . hidup pun ala lebih kurang . yang aku tahu happy je . tanpa memikirkan jalan keluar setia derita yang aku alami . cumanya bila umur dah meningkat, pemikiran lebih ke arah dewasa .
aku akui sejak masuk universiti . semuanya berubah . bagi aku Sarawak adalah bumi tarbiah aku . semua orang ada masanya dia akan bermasalah . maknanya ada dugaan mendatang . tapi aku tak menganggap semua tu sebagai halangan untuk aku ke depan dan dorongan untuk aku putus asa . aku lebih suka lepaskan semua . cewahh . dah nampak kaitan tajuk dengan isinya ? baiklah aku mulakan ya . panjang betul muqaddimahnya :)
lepaskan semuanya bukanlah bermaksud kita biarkan masalah itu begitu sahaja . bagi aku cuma satu . apabila datangnya dugaan @ ujian . kita lepaskan/luahkan semuanya kepada Allah yang memberi ujian kepada kita, menangislah sepuas puasnya, lepaskan sesak di dada . carilah teman berborak . teman nasihat dan teman berkongsi . seelok eloknya ahli keluarga atau teman rapat . walaupun tak dapat selesaikan masalah, sekurang kurangnya, ianya meringankan beban yang di tanggung .
jangan pulak ada masalah baru nak dekat dengan Allah . hubungan dengan Allah wajib di jaga . ingat tuh ! masalah tu ada di mana mana . jangan lah kita berdoa dijauhkan daripada dugaan tapi berdoalah agar kita dapat menghadapi dugaan tu .
lepaskan semuanya dengan cara yang betul . jadikan ujian yang ada sebagai pendorong untuk terus maju . lebih dekat dengan Allah . ye lah kita ni kadang kadang terlalu leka dengan kegembiraan . so Allah bagilah ujian supaya kita ingat dia . Allah terlalu rindukan rintihan keimanan kita . Allah rindukan tangisan keinsafan kita . tapi kita ? Allah . semoga Allah menetapkan hati kita di jalan-Nya .
dulu sy stay kat saraawak.. skarang dah pindah semenanjung :)
ReplyDeleteya ka, berapa lama stay sana ?
Delete