Assalamualaikum (",)
kenapa perlu bersedih bila berjauhan dengan keluarga ? oppss, saya tak sedih pun cuma saya cemburu melihat sahabat sahabat yang tinggal di semenanjung yang mampu pulang ke kampung bertemu ibu bapa walaupun hanya di cuti hujung minggu . ok ! ini namanya pengorbanan . untuk kali ni saya ingin merafakkan setinggi kesyukuran kepada Allah swt yang menganugerahkan saya sahabat yang sentiasa memahami dan ada bersama susah senang di sarawak .
adinda ku Amira dan Izzati . terima kasih yang tak terhingga kerana sentiasa ada untuk saya . sentiasa melayan otak saya yang kadang weng weng tanpa sebab . Amira, perkenalan pertama kita bermula ketika Anak Perak Unimas, Alhamdulillah sehingga kini malah makin utuh . insyaAllah sampai bila bila
Izzati, perkenalan kita bermula ketika Wanita Anggun 2011 dan terus kukuh sehingga kini . dan di depan mata ini juga lah saya melihat penghijrahan mu . Alhamdulillah . Allah perkenankan doa kita agar kena bertemu jalan yang benar dan kembali kepada fitrah seorang wanita Islam .
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat
wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu
agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu
hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan
menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan
apinya akan mencarikkan baju kita.”
Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang
menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang
mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah
menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..
Terima kasih Allah atas anugerah yang tak ternilai ini, kerana bagi saya, ukhwah ini atas nama keberkatan dan keredhaan-Mu . semoga kita terus bersahabat . andai ada salah silap saya selama ini, maaf kanlah . andai ada khilaf saya di mata kalian, perbetulkan lah . :)
ANA UHIBBUKI FILLAH ya Amira wa Izzati
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan