26 March 2013

my LOVE my LIFE

Assalamualaikum (",)

sebagai manusia biasa yang terlalu banyak kelemahan anggaplah biaca di ruangan ini hanya peringatan bersama . monolog "aku" .

aku pernah bertanya pada diri sendiri, kenapa aku tak begini daripada dulu, daripada aku masih bersekolah? kenapa sekarang? tapi aku masih bersyukur kerana Allah memberi hidayah disaat aku masih muda . 21 tahun  . satu usia yang tak pernah aku fikir untuk aku melakukan perubahan . malah perubahan ini bukanlah #wish aku . tapi kita hanya mampu merancang dan rancangan Allah itu lebih baik .

bermula dengan pandangan mata . jatuh ke hati . "hanya kerana mata" . ya MATA . aku melihat insan insan yang bernama wanita bertudung labuh litup dan berjubah itu CANTIK . cantik sangat . keayuan lebih terserlah, malah tampak lebih sopan . itu lah bermulannya penghijrahan aku . ya mungkin sesetengah orang akan menganggap usaha aku ni memerlukan sedikit percaturan wang . ya ! aku akui itu . tapi inilah saham akhirat aku . membeli tudung yang lebih labuh . membeli jubah dan beberapa helai baju muslimah . mengurangkan pemakaian seluar dan t-shirt dan mengamalkan pemakaian baju kurung . ayu bukan . 

bermula dengan hati yang suci . menjadi muslimah yang patuh pada agama . bukan hanya pada luaran semata . aku mula memperbaiki ibadah harian ku . mengamalkan puasa sunat , berzikir dan solat sunat . Alhamdulillah . permulaan yang sedikit payah akhirnya menjadi mudah kerana kesungguhan dan niat kerana Allah SWT . bukan kerana sesiapa . jika dahulunya hati aku sangat mudah rasa marah . tetapi kini aku lebih sabar . 

nasihat aku pada sahabat semua . hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara . jika bijak kita menilai, maka beruntunglah kita . jika kita hanya terleka dengan nikmat di depan mata . rugilah kita . dan kini aku masih dalam proses pembelajaran dan menuntut ilmu . insyaAllah usai pengajian ini, akan aku teruskan mencari ilmu sebagai bekalan aku menuju ke 'sana' . aku masih bersyukur kerana di beri peluang untuk kembali kepada fitrah seorang wanita . dan persoalan aku "mengapa aku tidak begini sejak di alam persekolahan" akhirnya mampu aku rungkai kan sendiri . Alhamdulillah . Allah mendengar rintihan aku . semoga aku terus istiqamah

untuk sahabat sahabat aku . teruskan berdoa agar diri kita semua menjadi lebih baik daripada sebelumnya . ayuh pertingkatkan amal ibadah kita . perbaiki luaran dan dalaman . usahalah mencapa redha Allah .



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan