18 March 2013

Ini Persoalan bukan Kenyataan :)

Assalamualaikum (",)

dari semalam berfikir . sesiapa yang tahu jawapannya boleh kongsi diruang komen, insyaAllah bila dah ada jawapan nanti saya akan keluarkan entry baru . semoga kita sama sama beroleh manfaat darinya .

soalannya begini :

bagi seorang manusia/insan yang kehidupannya gila sosial . bergaul dengan sesuka hati tanpa mengira jantina . dan mesti kawan kawan sekeliling dia pun macam tu . pendek kata sebelum ni hidup dia tak menepati syariat Islam . Tapi suatu hari dia ingin berubah, ya berubah . boleh tak dia masih berkawan dengan kawan kawan dia sebelum ni . nampak agak pelik kalau dia bertudung litup tetapi kawan kawannya free hair dan seksi . mungkin tujuan nya ingin mengajak sama berubah, tapi bagaimana pula dengan pepatah Arab: 

 "Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita"

dalam hati tak sampai hati nak jauhkan diri dari kawan kawan yang selama ni susah senang sesama . macam mana nak buat ni ? kalau jauhkan diri diorang kata, sombong, belagak, tak layak kawan dengan diorang . aduhai . dilema sebenarnya . sebab ramai yang bertanya . maybe jawapan macam ni boleh diguna lah . "kita kawan saja macam biasa dengan niat mengajak mereka sama berubah" . tapi pandangan orang lain ?
hope sesama leh jawab soalan ni k . kita tolong sahabat sahabat yang dalam dilema :)




4 comments:

  1. (Kalau saya dalam situasi ni)

    Saya tetap akan berkawan dengan mereka semua, tapi untuk lepak macam dulu tidak lagi. Setakat nak pergi keluar sekali sekala makan & minum di kedai mamak, insyaAllah boleh..

    Saya akan sibukkan diri dengan kelas-kelas agama. Beritahu 'geng' yang saya busy dengan kelas agama. Dalam masa yang sama, slow-slow ajak seorang demi seorang masuk ke jalan yang benar, sama seperti saya. Mulakan langkah dengan mengajak rakan yang lebih cenderung kepada agama atau kawan yang ingin berubah tetapi 'belum sampai seru' kononnya tu. Lalu, kenalpasti apa punca dia mula menjerumuskan diri ke lembah yang 'gila-gila' macam ni.. Bila dah dapat punca, cuba cari jalan penyelesaian. Saya takkan beritahu dia yang saya mahu tolong dia berubah. Kerana jika beritahu, sangat sukar untuk dia berkawan dengan saya. Mungkin dia akan berasa tidak selesa. Jadi, berkawan saje macam biasa. Gelak tawa, cerita masalah macam biasa.

    Bab pergaulan, saya akan lebih berhati-hati. Kalau ada kawan yang cuba berpegangan atau bergaul 'lebih had', saya akan cuba cakap elok-elok. At least, cakap lah yang saya tak selesa kalau berpegang-pegang macam ni..

    DAN ingat, kalau dia tak boleh terima saya yang baru (contoh : dia perlekeh saya, dia perkecilkan penghijrahan saya etc) saya akan kurangkan bergaul dengan dia, tidak macam kawan-kawan yang selalu support. Dan dalam pada itu, saya akan cari punca dia jadi begitu.. dan cuba selesaikannya juga tanpa pengetahuan dia.

    Berdoa saya takkan putus. Istilah Arab "Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita" saya boleh jadikan sebagai panduan untuk saya akan 'geng' menjadi lebih baik.

    *Itu sahaja pendapat saya. Saya cuba masukkan diri saya dalam keadaan ini. Mungkin tidak dapat saya rasai seratu peratus, tapi insyaAllah, apa yang saya katakan tadi, jika dipraktikkan, insyaAllah menjadi. InsyaAllah.. dengan izin Allah. Moga kawan Akak boleh ikut langkah-langkah saya saya berikan. Jika mahukan idea, atau pendapat lain, insyaAllah saya sangat-sangat sudi untuk tolong. Boleh cari saya di facebook. Moga Allah jaga iman & hati kita, jangan Kau bolak balikkan hati kami setelah Kau beri hidayah pada kami, Ya Allah.. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih husna . nanti akk cuba sampaikan pada dia, sebab pendapat akk seorang rasanya masih belum kuat untuk dia lebih yakin . terima kasih :)

      Delete
    2. sama-sama.. beritahu dia "semoga tabah!"

      Delete

Terima Kasih . Syukran Jazilan