29 March 2013

Kursus Pra-Perkahwinan ^^

Assalamualaikum (",)

awal awal petang ni macam macam fikir . ok . 23 hingga 24 mac yang lepas . saya ada attend #KPP atau Kursus Pra-Perkahwinan . maaf saya perlu ingatkan awal awal . menghadiri kursus kahwin bukan sebab gedik atau gatai nak kahwin . tapi dengan mahu menimba ilmu Allah yang tak seberapa ni . saya ingat satu hadis yang mengatakan . kalau nak dibandingkan ilmu kita manusia dengan ilmu Allah, ibarat kita satu mata pena yang diletakkan dalam lautan sahaja, manakala ilmu Allah seluas 7 lautan . Subhanallah, itu masih ada yang bangga kalau ilmu penuh di dada .

disebabkan sijil kursus ni adalah seumur hidup, tak salah jugak saya pegi awal awal . tapi mungkin ada hikmahnya Allah mengizinkan saya pegi ketika di usia saya 23 tahun 2 bulan dan masih belum ada bakal suami . #single . ya ! masih banyak benda dperlu diperbaiki . saya cuba bayangkan bagi mereka yang menghadiri kursus kahwin dalam tempoh 2 bulan sebelum akad . cukup ke masa untuk bersedia ? sebab apabila menghadiri kursus ni banyak benda yang saya rasa masih belum cukup dan ada yang kita baru tahu . Alhamdulillah Allah bagi saya peluang pegi awal dan InsyaAllah saya masih banyak masa untuk bersedia . TETAPI jodoh itu rahsia Allah . kita sendiri tak tahu bila kita akan bernikah . tup tup saya dahulu yang bernikah daripada kawan kawan yang sudah ada pasangan . ^^

jadi apa yang mampu saya katakan di sini . menghadiri kursus kahwin itu adalah satu kemestian bagi mereka yang sudah cukup umur . semoga Allah memberi kita laluan untuk ke arah itu . semoga Allah memberi masa untuk kita berubah . saya lagi rasa takut apabila memikirkan pendidikan anak anak . bersediakah saya ? mampukah saya mendidik anak anak untuk menjadi pejuang agama Allah ? mampukah saya mendidik mereka mematuhi perintah Allah . ya itu saya masih lagi kabur . insyaAllah dalam tempoh ini, saya akan cuba memperbanyakkan membaca buku buku berkaitan . saya perlu bersedia , kerana jodoh itu Allah sudah tentukan siapa, bila dan di mana, jadi kita perlu sentiasa bersedia .

untuk jangka pendek ini . impian saya hanya mahu menamatkan pengajian yang hanya berbaki 2 bulan setengah . itu keutamaan ketika ini . dan selepas itu insyaAllah, saya akn berfikir pasal lain pulak . so untuk kalian yang masih bujang, saya doakan agar memperoleh isteri/suami yang membawa ke jalan yang benar .
dan doakan saya berjaya mencapai impian saya


2 comments:

  1. alaa xnak citer ke cmne kursus skrg ? apa beza kursus yg dulu dan skrg ? ramai org ckp da berubah , harga pun da berubah..rasa cam lambat lagi nk ambik sbb nak kumpul duit lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je, mana ada berubah, sebab semua nota, atau modul yang digunakan, sama seluruh malaysia yg dikeluarkan oleh jakim, saya join yang anjuran universiti, rm30 dengan kerjasama jabatan agama Islam Sarawak .. berubah atau tak saya rasa ilmu yg diorang bagi mmg tak cukup untuk harungi hidup berumah tangga seumur hidup ..

      Delete

Terima Kasih . Syukran Jazilan