Assalamualaikum (",)
sinopsis ni copy dari blog penulis novel . Kala Cinta dan Wahyu Bersatu . tapi itu lah kan, watak Wardah dah tak de . tapi aku cenderung dengan watak Tasnim (sahabat Wardah masa sekolah) dengan Balqis . muncul watak baru Amelia (sepupu Amir yang dah lama pendam perasaan dengan Amir) . tapi yang bestnya, perasaan yang tak dizahirkan . perit kan rasa .
SINOPSIS
Kesudahan kisah WCBS kelihatan tergantung apabila cinta
Balqis terhadap Amir berakhir tanpa kepastian. Justeru, Balqis sudah berputus
asa, namun dia belum mematikan niatnya untuk mencari pemuda seperti Amir
sebagai pasangan hidup. Manakala Amir masih dalam kebingungan setelah selamat
menjalani pembedahan.
Amir berada dalam status penyembuhan selama setahun. Sewaktu
beliau tidak mampu berjalan dan bekerja, di situlah ustaz Hamdi yang pernah
mendidik beliau kembali mencurahkan perangsang dan motivasi. Ustaz Hamdi
menyedarkan Amir agar terus berjuang dengan mata pena sebagai satu wasilah
dakwah.
Di sebalik kisah Amir dan Balqis. Muncul watak Tasnim yang
merupakan sahabat baik arwah Wardah. Beliau adalah seorang gadis yang membawa
legasi cinta Wardah, dia menyimpan janji Wardah yang mahukan Tasnim menemui
Amir. Ada beberapa perkara yang telah dituntut oleh Wardah dan perlu
disempurnakan oleh Tasnim. Dari situ, Tasnim mula berdoa agar suatu hari dia
akan ditemukan dengan Amir.
Sepanjang Amir berkerusi roda, Amelia yang berada dalam
course perubatan mengambil tugas menjaga Amir sebaik mungkin. Amelia, selaku
watak sampingan di dalam novel WCBS dan juga merupakan sepupu Amir yang sudah
lama memendam kasihnya pada Amir. Bermula dari sekolah rendah, menengah dan
kampus. Dia sentiasa mengharap cintanya disambut oleh Amir. Dia banyak memberi
dan berkorban untuk Amir. Sewaktu Amir sakit, dia banyak melawat dan
menziarahinya. Sehinggalah Amir sihat dan bekerja, dia sentiasa mengharapkan
cinta Amir.
Sebaik Amir sihat sepenuhnya, dia menyertai aktiviti
penulisan dalam masa yang sama beliau kuat melakukan aktiviti dakwah. Di situ,
berlaku pertemuan dan perkenalan antara Amir dan Tasnim. Perbincangan dan
perkongsian pendapat berlaku antara mereka, secara jelas Tasnim dapat merasakan
‘keistimewaan’ karekter jiwa Amir.
Balqis akhirnya pulang ke Malaysia. Ternyata, sejurus pulang
dari Mesir dia cuba dilamar oleh Izzuddin. Izzuddin juga mengambil langkah
proaktif dengan menjadi rakan kongsi perniagaan kepada abang Balqis. Namun,
hati balqis masih tawar untuk menerima sesiapa. Balqis mula berdoa dan
bermunajat kepada Allah agar menemukan dirinya dengan lelaki sebaik Amir.
Tasnim adalah penggiat sastera yang belajar dalam kursus
undang-undang. Beliau yang berasal dari sekolah agama juga merancang untuk
menyumbang pengalaman kepada adik-adik di sekolah Naim Lil banat dan juga
Maahad. Dari situ dia mula merangka gerak-kerja dan mengumpul tenaga kerja yang
mampu menyumbang. Dia mendapat maklumat bahawa Balqis adalah bekas mahasiswi
mesir yang banyak bergiat di dalam penulisan, dalam masa yang sama Balqis
adalah bekas pelajar Maahad. Dari situ dia cuba menghubungi Balqis. Akhirnya
mereka sepakat untuk mengadakan program gabungan dua sekolah iaitu Naim Lil
Banat dan Maahad Muhammadi Perempuan. Mereka menamakan bengkel itu sebagai
bengkel penulisan kreatif.
Suatu hari Balqis ke bandar untuk melihat kedai milik
abangnya. Secara tidak sengaja dia terserempak dengan Amelia dalam satu
insiden. Dari situ dia mendapat maklumat bahawa ustaz Amir masih hidup. Balqis
ragu-ragu, dia menyangka ustaz Amir yang menjadi sepupu Amelia itu barangkali
adalah pelanduk dua serupa. Akhirnya, rasa penasaran itu dicicirkan.
Tasnim pula cuba mendapatkan khidmat Amir yang namanya mula
meningkat naik sebagai penulis. Tasnim mahu Amir hadir sebagai panelis dan juga
fasilitator bagi bengkel penulisan kreatif. Setelah sepakat mereka bersetuju
untuk bekerjasama.
Dalam usaha, Amir membina kerjaya beliau sebagai penulis dan
pendakwah. Dia mula dikenali dalam industri penulisan. Juga beliau digemari
oleh kebanyakan agamawan di atas kemahiran dan sikap optimis. Dia akhirnya
ditawarkan bekerja di pejabat kerajaan sebagai pegawai.
Bengkel Penulisan Kreatif berlangsung, hari program itu
bagaikan Sireh Pulang ke Gagang. Merpati pulang ke sarang. Balqis bertemu
semula dengan Amir. Ia benar-benar diluar jangkaan Balqis, Amir yang pernah
dicintainya masih hidup. Rasa cinta memencar dan menabrak harum di kolong jiwa,
namun Balqis teragak-agak untuk mendekati Amir, sekalipun hatinya mahu tetapi
dia takut andainya Amir sudah berpunya. Sedangkan, Amir sendiri masih mendoakan
agar Balqis kembali kepadanya. Balqis tidak berani berbicara, dia malu semalunya.
Kerana Amir pernah menolaknya suatu ketika dahulu. Dia tidak akan menjadi
perigi cari timba kali kedua.
Dalam diam, Tasnim yang membawa legasi cinta Wardah mengakui
bahawa dia sudah menyukai Amir dan mahu membawa Amir ke dalam keluarganya.
Beliau beria-ia menjemput Amir agar menemui keluarganya. Dalam satu pertemuan
dengan keluarga Tasnim, Amir tidak mendapat perhatian dengan baik. Ibu Tasnim
tidak menyukai Amir kerana beliau sewaktu itu masih menganggur dan tidak
mempunyai pendapatan tetap. Sedangkan Amir sewaktu itu telah mendapat tawaran
bekerja sebagai pegawai kerajaan.
Tasnim cuba menghubungi Amir dan menjelaskan perasaannya.
Namun, Amir secara lembut memberitahu bahawa dia sudah berpunya. Tasnim
terkejut dengan kenyataan itu, dia cuba mencari siapakah ‘si dia’ yang
dimaksudkan oleh Amir. Dia bertanyakan Balqis, ternyata Balqis juga tidak tahu
siapakah ‘si dia’ yang dimaksudkan oleh Amir.
Amir sendiri memberi maksud ‘si dia’ itu adalah Balqis.
Namun dia belum pernah menyatakan maksud itu kepada sesiapapun kecuali dalam
doanya kepada Allah.
Balqis yang akhirnya menyedari bahawa Amir masih hidup
sedikit sedih apabila mengetahui melalui Tasnim bahawa Amir sudah berpunya,
namun dia tidak putus asa. Biarpun tasnim sudah menyatakan Amir sudah mempunyai
si dia. Namun, dia tetap berdoa agar cinta mereka bersatu. Dia tidak pernah
mengungkapkan rasa cintanya secara terus kepada lelaki itu. Dia hanya
menyebutkan rasa itu di dalam doa-doanya kepada Allah. Balqis juga tahu, Tasnim
dan Amelia juga memendam rasa kepada Amir.
(Kesudahan novel dan drama adalah berbeza, dua versi yang
berlainan)
credit to : http://www.ustazcinta.com/index.php/karya/159-novel-kedua
cerita yang sangat menyusuk kalbu hatiku nie... bahkan ia menilai cinta yang sejati bukan la untuk dicari tapi dimiliki.... ia sangat membuatkan ku terasa berada di keawanan...
ReplyDeleteassalamualaikum.... salam diberi pembuka bicara..kala cinta wahyu bersatu sangat best...
ReplyDeleteahsanti, sinopsis keren...
ReplyDeletekunjung balik ya, http://rudi-rendra.blogspot.com/ dari Indonesia...
atas bajet sesebuah citer tu,11 episode bermakna kene hadkan jalan citer kepada singkat
ReplyDelete