Assalamualaikum (",)
terbaca gosip pasal pelakon Puteri Sarah berhijrah dengan mengenakan tudung kepala, permulaan yang bagus tapi ada dia suarakan rasa hati yang mana perubahan dia dipertikaikan . tersenyum bila baca luahan dia tu . bagi saya . itu namanya dugaan . berubah ni mudah . sangat mudah tapi istiqamah itu yang payah . iaitu untuk kita kekal dalam hijrah tu . bagi saya ini lah dugaan paling besar bagi hamba-Nya yang mula kembali ke jalan yang lurus .
saya dulu pun, masa awal awal mengenakan tudung labuh bersaiz 60' . ada juga suara suara sumbang . itu belum lagi ujian persekitaran . ye lah . orang macam saya ni sangat aktif outdoor activities . i love hiking, junge tracking, camping and so on . sedikit sebanyak bila berbaju besar . bertudung labuh, menyukarkan pergerakan tapi . haaaaa TAPI saya lebih selesa malah rasa lebih selamat . dan menutup aurat dengan sempurna ni tak lah menghalang apa apa pun . positif
belum cuba belum tahu, ada jugak yang tanya, macam mana nak istiqamah . eheerrmmmm . semuanya berlalu dari hati . kita perlu selalu kuat . lawan semua kata kata negatif . pra sangka buruk dan caka cakap yang buat kita rasa down . emosi berkaitan dengan perasaan . perasaan boleh dikawal . nak sedih sedih lah, tapi mengadu pada Allah, Dia Maha Mengetahui . didik hati untuk dekat dengan Allah . membaca Al-Quran dan fahami maksud ayat . berzikir dan dan sentiasa positif . cuba didik hati menjadi seorang muslim yang sopan dan patuh pada agama . jangan ucapkan perkataan yang buruk dan negatif . mulakan hari ini ya sayang sayang ku . jangan tangguh lagi . di saat Allah berikan hidayah . sambutlah hidayah itu . jangan sampai satu hari nanti Allah pegi jauh dari hidup kita .
setiap hari kita masih ada peluang untuk berubah . mulakan satu persatu, mohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk terus istiqamah . jangan takut dengan cacian dan kejian orang . hidup ni kena berani, dan yakin selalu . insyaAllah . semoga Allah mendengar setiap rintihan kita hamba-Nya :)
maka, sayang sayang sekalian, ayuh berubah . hijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik ^^
betul kak.. dulu awal2 sy btudung pun ada yg mengejek .. x bg smngat lgsung :'(
ReplyDeletenak buat baik, mesti lah banyak yang mengata, betul tak, tapi kalau hati bertekad . kata la apa pun, kita tetap dengan hijrah kita :)
Delete