Assalamualaikum (",)
sejak akhir-akhir ni fikiran saya jauh melayang . jauh sangat-sangat sampaikan saya hilang fokus dengan pelajaran saya . mungkin jugak ini adalah bulan terakhir saya berada di kampus dan akan menjadi alumni tak lama sahaja lagi . sebenarnya saya tahu kenapa fikiran saya jauh melayang . saya tahu sebabnya . tapi saya takut untuk mengaku walaupun pada diri sendiri . akhirnya semalam menaip satu warkah meluahkan apa yang terbuku dalam hati selama 10 tahun . maaf kalau entri kali ni agak personal . cuma saya nak cakap untuk dia :
"maaf kalau aku ganggu hang, aku tahu aku tak patut rasa macam ni setelah 10 tahun berlalu . cumanya aku rasa waktu tu mungkin jiwa terlalu muda untuk menilai apa-apa erti hati dan perasaan . satu benda yang aku nak hang tahu, sebagai kawan selamanya aku akan tetap anggap ang kawan aku . tapi aku sendiri tak tahu hang anggap aku apa . hang mulakan semua ni . dan hang jugak yang biarkan aku terkontang kanting kat situ . dan sekarang hang macam nak buang aku . hang nak aku pegi jauh dari hidup hang . hang rasa aku akan ikut apa yang hang nak atau tak ? itu andaian aku je . aku tak tahu apa yang ada dalam hati hang . tolong lah jangan biarkan aku terus buat andaian sendiri, warkah tu aku masih simpan, aku luahkan semua dekat situ, kalau hang nak . bagi tau aku, aku akan bagi"
untuk semua pembaca, mungkin agak keliru dengan penyataan 10 tahun . kalau dikira sekarang umur saya 23 tahun . bermakna kisah ni berlaku ketika saya berusia 13 tahun . masih muda mentah dan remaja . tapi saya masih ingat . saya tak pernah nak berdendam . cuma saya sedih bila saya dilayan acuh tak acuh selepas 10 tahun . dan sekarang saya bagi dia peluang untuk berterus terang . kalau dia tak mampu nak terangkan sekarang . tak apa lah saya sabar menunggu sehingga waktunya tiba . saya sanggup tunggu selama 10 tahun . apalah sangat kalau saya perlu tunggu 10 tahun lagi .
sabarlah. dlm hidup kita akn jumpa pelbagai sikap manusia. hanya mampu bersabar
ReplyDeletekan, nak atau tak, suka atau tak, kita masih akan menghadapinya, akan jumpa semua ni
Deletepasti ade hikmahnye. perancangan Allah lebih baik. :)
ReplyDeletebetul ! pati ada hikmahnya
Delete