23 July 2013

Berjuta Kata, Kesabaran Terbalas Jua :)

Assalamualaikum (",)

Akhirnya, pengajian sepanjang 4 tahun berakhir. Sepanjang 8 semester macam macam yang dilalui . kalau nak explain satu persatu memang sampai tahun depan pun belum tentu habis . apa apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang selama ini banyak membantu dalam menjalani kehidupan yang penuh mencabar . setiap orang ada cerita tersendiri kan . itu namanya kehidupan . walaupun pelbagai dugaan onak dan duri yang dilalui, akhirnya pengajian ijazah sarjana muda selama 3 + 1 tahun dah pun selesai . Alhamdulillah penantian dan kesabaran yang berbaloi . makanya puasa ramadhan kali ini adalah yang paling best. Yang paling seronok. Sebab tak perlu fikir kembali ke Sarawak selepas raya. Boleh raya puas puas. Boleh pegi sana sini dan yang penting NO MORE EXAMS!

For my parent, siblings, friends, relatives, lecturers and everyone around me, thanks a lot for the supports, advice and opportunity given. Mak dan abah yang terlalu banyak beri sokongan tak kira dalam apa jua cara, adik, kakak, abang yang banyak membantu selama ni. Kawan-kawan yang tak putus putus beri semangat untuk terus berusaha, pensyarah yang percaya dengan kebolehan dan kejayaan yang ada di depan dan semuanya yang menjadi hidup ini penuh warna warni.

Sekarang ini kehidupan perlu diteruskan. Selepas selesai kehidupan sebagai seorang pelajar, kini tiba masanya untuk menjadi seorang yang berkerjaya. Dah mula fikir nak keja apa. Aduhai, nak keja apa eh? Setakat ni dah isi macam-macam borang-borang. Hope ada la peluang dan rezeki sebelum tahun depan, 2014. Amboi kan, nak keja tak menyempat. Hihi. Ye la banyak sangat impian saya tau. Saya nak keja nak ada duit sendiri, nak senangkan mak abah, nak bawak mak abah shopping, bercuti. Yang penting jugak, nak tukar phone. Phone ni dah lama sangat dah. Hope ade la rezeki untuk semua tu.

Buat masa ni duduk kat rumah je. Bercuti. Rehat-rehat setelah 4 tahun belajar. Alhamdulillah, rehat puas-puas ok. Boleh la tolong mak buat kerja rumah. Memasak, mengemas, membasuh dan macam-macam lagi. Kira macam praktis jadi suri rumah la ni. Hihi. Tapi lelama rehat pun bosan jugak kan. Planning selepas raya nak cari keja. Ye la nak cari duit nak pegi konvo pulak ni bulan 11. Nak shopping dekat sana. Macam-macam nak beli ni. Hihi.


So, itu je kot untuk entri yang macam pekasam ni. Dah lama simpan dekat draf. Enjoy ok. Selamat berpuasa !

6 comments:

Terima Kasih . Syukran Jazilan