14 September 2013

Cerita Baru Nak Mula

Assalamualaikum (",)

hai semua, last update dekat blog ni julai lepas, Ya Allah, lamanya. Maaf, al-maklumlah bila di kampung memang tak ada ruang untuk update. Idea tu ada tapi masa yang tak mengizinkan. Alhamdulillah, ada sampa isurat pengesahan tamat belajar hari tu dan InsyaAllah akan konvokesyen november ni. Feeling so excited. Ye lah, kalau dikenangkan segala pengalaman, kenangan dan pelbagai lagi sepanjang 4 tahun ni, Allah sahaja yang mampu mentafsirnya. Tapi, semua tu lah yang menjadikan siapa saya hari ni.

Sekarang saya tengah mengajar di SK Batu Hampar, Beruas, Perak. Jadi guru ganti 11 minggu. Mula 19 ogos hari tu sampai 31 oktober ni. Saya mengajar tahun 2,3,4,5 dan 6. Sekolah tu setiap tahun ada satu kelas je. Kecuali tahun 6 ada 2 kelas. Pengalaman kalau nak diceritakan memang tak boleh nak cerita lah. Terlalu banyak. Sekarang pun dah cukup 4 minggu. ada 7 minggu lagi. sekarang ni pun setiap hari excited nak ke sekolah. Nak jumpa budak budak tu. 

Alhamdulillah, Allah bagi peluang jadi cikgu. Ajar matematik dan PJK. saya fikir saya ni tak tahan dengan kanak kanak, ye lah, bak kata anak buah saya, saya ni garang. Tapi alhamdulillah, out of my mind actually. Saya cintakan kanak kanak! 

Tu je lah mukaddimah hari ni. Sambung lagi nanti. 

Assalamualaikum :)





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan