18 May 2014

Rezeki Kalau Tak diusahakan, Memang Takkan Dapat

Assalamualaikum (",)

Bulan ni genap 11 bulan meninggalkan zaman belajar secara langsung. Hakikatnya, belajar itu sepanjang masa tetapi secara tidak langsung. betul? Alhamdulillah, walaupun belum ada rezeki untuk bekerja tetap dengan mana mana agensi, sama ada agensi kerajaan atau swasta, tetapi rasanya pengalaman bekerja tu dah ada. Bekerja secara kontrak. Betul lah apa yang selalu kita dengar : 


Inilah yang menjadikan fikiran ini kekal dan bertambah positif. Malah, kehidupan yang dilalui seharian semakin tenang dan bahagia. Tipulah tak ada masalah yang datang, tapi berfikiran positif itu mengatasi segalanya. Ditambah pula dengan redha dan sentiasa bersangka baik dengan semuanya. Yang susah jadi senang, yang sedih jadi gembira walaupun payah sebenarnya. Kalau bukan diri sendiri yang ubah, siapa lagi? Tak apalah susah susah sekarang, senang senang kemudian. Pengalaman menjadi guru ganti tahun lepas di SK Batu Hampar, Beruas, sememangnya betul betul bermakna. Tak boleh diucapkan secara lisan atau tulisan. Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Dikelilingi dengan kakak/rakan guru yang sporting habis, peramah dan sangat ambil berat, buat diri ni tak rasa janggal dan tersisih. Terima kasih semua kakitangan SK Batu Hampar. Sebab itulah saya sentiasa merindui mereka sehingga ke hari ini. Merindui seluruh warga SK Batu Hampar. 

Selepas habis kontrak guru ganti, saya terbang ke Sarawak untuk menerima ijazah sarjana muda. Alhamdulillah, berada di bumi tarbiyah diri ini, sememangnya saat yang terindah. Melihat suasana yang sentiasa beri ibrah buat diri. Allah sahaja Maha Mengetahui betapa Bumi Kenyalang itu banyak mengubah diri ini. Kehadiran teman teman seperjuangan, bersama adik adik yang sentiasa memberi senyuman untuk diri. Hanya Allah jua yang mampu membalas jasa kalian yang banyak menemani diri ini sepanjang 4 tahun di Bumi Kenyalang. Pulang ke Semenanjung dengan semangat baru, sebab ijazah sudah berada dalam genggaman. Melangkah dengan lebih pantas kerana kelewatan satu tahun saya menghabiskan pengajian. Masa depan direncana sebaiknya. Bantuan dan sokongan daripada kakak kakak, abang abang dan adik. Begitu juga saudara mara yang tak putus beri sokongan dan nasihat. Dan sudah tentu doa dan restu mak dan abah. 

Meneruskan kehidupan selama lebih kurang dua bulan dirumah kakak di terengganu. Membantu kakak menguruskan 'house core' sebab kakak dalam pantang melahirkan anak kelima. Saya anggap ini adalah jariah saya buat keluarganya yang membantu saya sepanjang 4 tahun di Sarawak. Tak ternilai harganya. Tak mampu untuk saya membalasnya. Pulang dari Terengganu, saya menggunakan wang yang diperolehi semasa mengajar tahun lepas untuk mendapatkan lesen memandu. Alhamdulillah. Dah selesai semuanya. Bulan 4 dapat tawaran guru ganti untuk kali kedua di SK Sungai Tinggi sehingga sekarang. Syukur sangat. Masih bersama keluarga di kampung. Sambil tu, saya mengambil tempahan secara berkala untuk bubble talk sebagai props untuk photoshoot majlis perkahwinan dan pertunangan. Membantu rakan rakan yang perlukan props bajet. Ada jugak guestbook as requested. Sekadar membantu rakan rakan yang bakal mendirikan rumah tangga. 



Tanggal 15 mei yang lalu, saya telah memulakan kelas tusyen untuk membantu anak anak kampung saya. Kelas matematik yang saya buat dengan bantuan daripada mak dan abah serta keluarga. Alhamdulillah, 19 orang telah mendaftar. Tak mampu rasanya nak ambil melebihi 20 orang. Kelas matematik untuk tahun 2, 3, 4, dan 5. Ilmu perlu dikongsi supaya ianya kekal dan bertambah. Jadi, sekarang ni sebelah siang saya mengajar di SK Sungai Tinggi, manakala, malamnya punya kelas tusyen matematik. Tapi tusyen hanya pada hari selasa dan khamis. Bermula jam 8 malam sehingga 9.30 malam. Inilah kehidupan saya setelah menamatkan pengajian sarjana muda. Biarpun belum bekerjaya tetap tetapi rezeki yang Allah kurniakan ini sudah cukup mengisi masa terluang saya dan memberi pengalaman bersama masyarakat. 

Rezeki setiap manusia telah Allah tentukan, tetapi seharusnya kita perlu berusaha mendapatkannya. Semoga ada rezeki yang lebih baik selepas ini, dengan niat kerana Allah. Dan impian untuk membawa mak dan abah ke Tanah Suci akan menjadi kenyataan. Doa saya juga buat diri, semoga dipermudahkan segala urusan dan diringankan jodoh. Terima kasih untuk semua yang membantu. Tak tertaip semua nama di sini. Buat penduduk Kampung Permatang Raja dan Kampung Matang Kemunting, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada diri ini untuk membantu anak anak kalian. InsyaAllah, saya akan melakukan yang terbaik, demi amanah yang telah diberi. Syukran kathir. 

9 comments:

  1. salam, awak sangat positif. Saya dah 11 bulan habis belajar dan on off jadi guru ganti sementara tunggu posting. Kekadang rasa down. Tapi bila baca apa yg awak tulis ni, mmg rezeki itu ada dimana sahaja. Dan Allah dah tentukan apa yg terbaik buat kita. Cuma mmg kita kena berusaha mendapatkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau niat kita betul, Allah akan bantu. yg pntg positif selalu

      Delete
  2. ow..kak bai wau tuisyen jugk..rajinnya..chayok kak bai..pasni tmah pulk akn lalui fasa kak bai..huhu..

    ReplyDelete
  3. betul tu. bila saya baca blog awak saya mula ada semangat untuk bekerja.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. ...
    sis...sya lpsan stpm...
    andai sis xkeberatan...boleh tak saya nk tnye beberapa soalan kpda sis berkenaan unimas..
    tlong email sya di shahira.mimi@yahoo.com. .
    terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak ada masalah, kalau ada twitter boleh follow akak jugak

      Delete

Terima Kasih . Syukran Jazilan