19 April 2009

Kemahiran mancatat nota

Kemahiran mancatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran- kemahiran berikut:

1.Kemahiran MENDENGAR
  • digunakan semasacproses pembelajaran
  • boleh digunakan serentak
  • kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan
2.Kemahiran MEMBACA LAJU
  • digunakan semasa menyalin nota daripada buku
  • menjimatkan masa menceduk idea-idea utama
  • bahan-bahan dapat disusun dengan teratur
3.Kemahiran MENULIS
  • tulisan perlu jelas
  • mampu menulis dengan laju dan kemas
  • tahu menulis huruf singkatan
4.Catatkan KATA KUNCI sahaja
  • memilih isi-isi penting sahaja
  • dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu
  • pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami
5.NOTA RINGKAS dan padat
  • nota yang dibuat mestilah kamu fahami
  • nota yang ringkas dan padat boleh menyegarkan ingatan kamu
  • nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu
6.Gunakan PERKATAAN sendiri
  • cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu
  • hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu
  • hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis
7.Faham setiap KATA KUNCI
  • jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan
  • masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan