10 December 2011

jangan bersedih . Allah bersama kita :'(

Assalamualaikum :)

sedih ? sedih lagi . asyik sedih je aku ni . haha . tak lah . aku ok je . just nak share beberapa nasihat untuk kawan-kawan yang tengah bersedih . ok . aku nak bahagikan faktor-faktor kesedihan ni kepada 4 faktor . wahhh . macam kuliah .

  1. keluarga
  2. kawan
  3. pelajaran
  4. kekasih hati

Keluarga :
yang pertama sekali tu . KELUARGA . yang paling kritikal bagi seorang perantau seperti aku . rindu dengan mak . ayah ngan adik beradik lain . hmm . untuk nak hilangkan kesedihan ni . opkos la selalu telefon mak ngan ayah . tanya kabar . kalau dengan adik beradik tu selalu mesej or sekarang ni kan dah canggih . facebook lah . tweeter lah . blog lah . banyak saluran yang boleh digunakan untuk menghilangkan rindu . appeeee ?? tak sama macam tengok depan mata ? mestilah . ekau ni pon . ok lah . sesetengah orang cakap nak peluk cium mak ngan ayah die . nasihat aku satu je . berfikiranlah POSITIF .

kita duduk jauh-jauh ni sebab apa ? belajar kan . belajar ni semua untuk sape ? untuk kita dengan nak banggakan mak ngan ayah kita . tak ape lah sekali sekala berjauhan . kita dapat berdikari . tak payah la nak menempel bawah ketiak mak je . ingat tau . umur kita ni semakin lama semakin meningkat . bila dah dewasa mestilah nak kawin . betul ? kalau yang perempuan . bila dah kawen . mesti ikut suami . betul ? jadi . perkara itu tetap berlaku . no matter what . makanya . ini adalah satu permulaan . jangan sedih kalau ada kawan-kawan yang boleh balik kampung tiap-tiap minggu . tak ape lah . kita balik setahun sekali . mak mesti masak sedap-sedap . apa yang kita minta mesti dapat . *minggu pertama cuti je la . jangan la rasa homesick . sebab kita datang jauh2 ni pon dengan satu amanah mak ayah kan . mesti kita nak bagi diorang bangga kan .

jangan sedih tau bila ingat keluarga yang jauh di mata . Allah ada untuk jagakan diorang . korang pon Allah sentiasa ada . menangislah pada DIA . sampaikan rindu korang dalam doa yang korang panjatkan hari-hari lepas solat tu . mohon pada Allah . kukuhkanlah ikatan korang sekeluarga . turunkan dalam hati mereka rasa kasih dan sayang yang berpanjangan . kan . senyum . jangan sedih-sedih k . cepat-cepat gi telefon mak ayah . say . I LOVE YOU mak ! I LOVE YOU ayah !

kawan:
kawan ni memang banyak dugaan . tu belum lagi yang tikam dari belakang . apa-apa masalah yang datang sekali pun . anggap lah semua tu dugaan dari Allah . eh lagi satu . kalau kawan kite buat jahat kat kite . jangan la sesekali balas balik apa yang kawan kite buat tu . sebab ? kalau kite balas balas . kite pon same je la . kalau berkawan ni memang banyak duri-duri . dengan nak tahan perangai pelik lagi . kan . so jangan lah sedih kalau hilang kawan baik . insya Allah . nanti ada yang lebiih baik . atau pun Allah nak kita ni belajar bersabar dan kenal erti kehidupan . jangan la terlalu percaya dengan kawan . even orang sebelah kita pon . *tengok sebelah sekarang

kita rasa kita dah terbaik . tapi betul ke ? kita nak cari sahabat . maka kita ni dulu yang terlebih dahulu jadi sahabat . nak yang baik . kita pon kena la baik . muhasabah diri . tengok mana kekurangan . betulkan kesilapan . mulakan kehidupan . yes . kita mampu . menolak episod duka dengan kawan kita . hoho . eh jangan lupa . berkawanlah dengan semua orang . jangan memilih kawan ok . kawan tak memilih rupa dan harta . yang penting kejujuran dan keihklasan .

aku pon penah kena khianat dengan kawan . kena pulau dengan kawan . kena tikam belakang dengan kawan . bila kita dapat tahu . memang sedih . sedih sangat2 . sebab bila dok jauh-jauh macam ni . kawan la segalanya . tapi once dah kena macam tu . hhhmm . fikirlah kembali . jadilah yang terbaik untuk diri sendiri .
pelajaran:
yang ni paling kritikal . pointer asyik jatuh . jatuh dan jatuh . tengok orang lain belajar macam senang je . pointer gempak . dean list lagi . argghhh . jelesnya .

jangan sedih yer kawan-kawan . Allah menguji hambaNya berdasarkan keupayaan hambaNya jugak kan . xpe la kita tak dapat dekan . yang penting jangan putus asa . berusahalah . berdoa pada Allah tau . kena selalu berfikiran positif . Allah bagi kejayaan pada kawan kita . kita kena bersyukur jugak dengan apa yang kita dapat . kita tak tau kan perancangan Allah macam mana . mana tau . kalau Allah bagi dean list kat kita, nanti kita riak, sombong . sebab tu Allah tak bagi sekarang . betul ? perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik .

insya Allah . EVERYONE DESERVE TO SUCCESS !!

kekasih hati:
yang ni aku tak pro sangat la kan . tapi aku ade fikiran aku sendiri . Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan orang yang betul atau jodoh kita . sebab ? Allah nak kita belajar menghargai . Allah nak kita bersabar dan menganggap semuanya adalah perjalanan hidup .

aku tak de boifren . ok ! boleh refer pada entry sebelum ni . klik sini ..

secara keseluruhannya . kita sebagai manusia yang telah dididik dari kecik tentang qada' dan qadar Allah . mestilah sentiasa redha dan bersyukur dengan apa jua yang kita ada sekarang . belajarlah untuk berfikiran positif . SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF . jangan lah menyalahkan takdir . ok ! lihatlah semua ni sebagai proses perjalanan kehidupan yang menuju destinasi abadi . mohon pada Allah untuk dikuatkan hati dan diberi ketabahan supaya kita sentiasa redha dengan apa yang berlaku . ok ! smile :)

4 comments:

  1. terbaekla kak..
    thankz..
    ^___^

    ReplyDelete
  2. slm sggh balas ke sini & salam kenal.ye betul tu,bagus entri ni.

    kekasih?tak guna bersedih kerana Allah telah aturkan jodoh yg terbaik.keluarga?selagi kita smeua bernafas dan selagi keluarga yg tersayang di depan mata,hargailah mereka buakn hanya dgn pemberian duit/hadiah,jgn lupa sentiasa doakan yg terbaik.

    kawan?manusia semua tak sempurna.satu jari yg kita tunding,10 jari akan tunding semula kepada kita.jadi bijaklah memilih kawan.tak dinafikan kawan ketawa senang dicari,kawan menangis?

    pelajaran...teramat penting untuk melahirkan generasi berilmu agar dapat membentuk masyarakat yg maju & harmoni.tanpa pelajaran,manusia akan mundur dan alangkah ruginya tidak menggunakan akal fikiran yg dikurniakan Allah dgn sebaiknya

    ReplyDelete
  3. terima kasih komen awak tu . sangat2 membina .

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan