Assalamualaikum (",)
pakai tudung labuh ? Alhamdulillah . satu jalan terbaik yang dipilih . bukan senang sebenarnya . sebab lama berfikir sejak tahun 2009 . masa tu baru saja mendaftar tapi hati ni tak kuat . senang sangat terpengaruh dengan cakap-cakap orang . tapi untuk ke arah itu . tak boleh la secara drastik . yela dari pakai tudung singkat nampak dada . seluar ketat . baju pendek walaupun keseluruhannya menutup URAT dan MEMBUNGKUS AURAT . hakikatnya TAK MENUTUP AURAT . sebab perintah Allah MENUTUP AURAT ! bukanlah MEMBUNGKUS AURAT . kena dalami betul betul maksud MENUTUP dan MEMBUNGKUS . macam mana nak faham ? mungkin boleh rujuk kamus dewan tapi kalau nak betul betul faham in term of ISLAM silalah ringankan mulut tanya ustaz atau ustazah . hendak seribu daya tak hendak seribu dalih . kan ? sendiri mau ingat laa .
Firmah Allah swt; "Dan katakanlah kepada perempuan perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka..."
[surah 24, an-Nur; ayat 31]
biarlah aku bercerita dari hati :
kita nak berubah tambah tambah lagi ke arah kebaikan . ITS NOT EASY . sebab TERLALU BANYAK halangan . dugaan . cabaran dan ujian yang perlu ditempuh . secara rela atau paksarela . ya ! kadang kadang halangan semua tu ada kat sebelah kita ja . *tengok sebelah . pernah dulu diperli dengan kawan-kawan . kawan kawan yang sama sama pegi kelas . makan dan sebagainya . tapi apa aku buat ? sabar saje la . masa tu aku start pegi kelas pakai baju kurung . HARI HARI . sebab t-shirt aku yang ada pendek . seluar pon . hhhuuurrrmmm . pakai tudung pon tak selang . biar lurus je ke bawah . lama dok buat macam tu . rasa selesa . sebab selamat jaaa . tudung bawal biasa ja 45" . kalau yang tau la . tudung bawal biasa yang jual kat kedai tu . bidang 45" orang panggil . aku cuba istiqamah . tapi biasala hati manusia . kadang kadang macam terLARI sikit la nawaitu . terleka dengan fesyen . cumanya . tak la ketat . aku still pakai baju berseluar jeans . bila dah lama-lama aku tersedar dengan nawaitu aku sebelum aku nak masuk u dulu . perbetulkan balik perjalanan hidup tu ..
tak semestinya kita bukan dari SMKA atau SMA kita tak boleh bertudung labuh . sebab bertudung labuh itu bukan penanda aras iman seseorang TAPI niat di hati itu penting . biarlah apa orang nak kata . ALLAH tahu nawaitu kita .. betul ? 2 tahun berlalu . tengah tengah aku online bizi berfacebook . tetiba aku terjumpa satu link blog "tips awal bertudung labuh" boleh klik tajuk tu untuk ke laman yang aku maksudkan . ya ! setiap tips tu aku dah buat sebelum aku jumpa link ni lagi . ikut step tu satu persatu . insya Allah segalanya akan menjadi kenyataan dengan hati yang betul ikhlas dan istiqamah melakukan perubahan . tak la nampak drastik sangat kan . semoga ALLAH MEMBANTU KALIAN yang ingin berubah :)
Firman Allah: "Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [surah 29; al-ankabut; ayat 6]
Alhamdulillah . sekarang dalam tips yang ke tujuh :) nak tau apa dia step ke 7 tu . bukak la link yang disediakan . aku bukanlah nak tunjuk bagus atau apa . tapi biarlah kita sama sama menuju syurga Allah . aku tak nak berubah seorang diri . aku nak ajak kaum keluarga . kawan kawan semua berubah jadi lebih baik . BERTAUBAT la sebelum terlambat . dah banyak sangat fitnah dunia sekarang ni . hati ni kuat menyatakan . KIAMAT makin dekat . kejarlah syurga Allah . semalam terdengar satu petikan "Umat Nabi Muhammad adalah umat akhir zaman tetapi apabila di Padang Mahsyar nanti . umat Nabi Muhammad adalah yang pertama akan dihitung dan umat pertama akan masuk Syurga berbanding dengan umat nabi terdahulu" . tengok ! betapa tingginya darjat umat Nabi Muhammad . kita sedar tak semua tu ? sedar tak ?
kita tak boleh kata "seru tak sampai lagi" . sebab KEMATIAN tidak mengenal usia . boleh kita kata kat malaikat izrael "tunggu dulu jangan ambil nyawa aku" boleh kata macam tu ? semuanya mulanya dari hati . didiklah hati kita untuk mengenal Allah . mengenal RASUL dan jangan lupa didik hati kita untuk mengenal ISLAM . macam mana ? sekarang ni zaman moden . pelbagai cara boleh dilakukan . tak payah nak susahkan diri ke hape . boleh pegi kedai buku . carilah buku tentang ISLAM . yang student student tu . dapat voucher RM200 kan ? simpan je ke ? beli la buku buku bacaan untuk mendalami ISLAM . tak rugi . malah bermanfaat bukan untuk diri sendiri ja . mana tau kot kot kawan kawan . sedara mara pinjam nak baca . kita jugak dapat manfaatnya . betul ? hendak seribu daya . tak hendak seribu dalih . internet sekarang pon merata rata . blog bercambah bercambah yang berkitan dengan agam ISLAM . banyak entry berkaitan . itu belum lagi group . page kat facebook . jangan cakap la . so tak de alasan tak de tempat nak belajar . tapi untuk bertanyakan sebarang kemusykilan . elok kiranya bertanya pada yang arif tentang agama . nak jumpa susah ? sekarang ni twitter . macam Imam Muda Asyraf . guna twitter sebagai medium dakwah . Ustaz Azhar Idrus melalui facebook . ramai lagi . macam Prof Dr Muhaya, Dr Sharifah Hayati, Ustaz Kazim Elias, Ustazah Siti Norbahyah dan ramai lagi . cari la . usaha ok . Allah akan sentiasa beri kemudahan kepada sesiapa yang nak berubah . insya Allah
baiklah . aku akan selalu guna :
"hendak seribu daya tak hendak seribu dalih"
semoga perjalanan hidup kita akan lebih indah walau berliku demi mencari keredhaan Allah . mencari CINTA ILLAHI yang HAKIKI :)
"sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan seindah indah hiasan dunia adalah wanita yang solehah" [HR Bukhari dan Muslim]
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan