Assalamualaikum (",)
lama mencari idea nak buat entry baru . tapi asyik terbantut saja . idea pon tergantung . sampai lah satu hari terfikir jugak tentang diri sendiri yang kadang-kadang nampak macam tak amek serius soal kegagalan atau apa-apa yang berkaitan dengan hidup . ye ke ? orang macam aku ni sangat bersikap terbuka dengan alasan-alasan tertentu . cuba bayangkan . kalau lah kita dah selalu sakit demam . kita tau kan ubat apa kita nak makan . betul ? sama la jugak . bila dah selalu diuji kita tau pada siapa kita nak mengadu . cumanya kita kena muhasabah diri jugak untuk pastikan yang hati kita ni betul betul kuat :)
aku selalu bayangkan masa depan . tak pe la jalan ni berliku berduri sikit . apa salahnya kan . berakit rakit ke hulu berenang renang ke tepian . bersakit sakit dahulu bersenang senang kemudian . yang dah berlaku itu adalah takdir Allah . yang akan datang kita doakan yang terbaik . ya ! keputusan final exam semester lepas . kepada yang dapat pointer bagus . say ALHAMDULILLAH . kepada yang tidak mencapai target . jangan berkecewa atau bersedih yer . kita ni tak selalunya di atas . kadang terkebawah jugak . baru la indah hidup ni . WARNA WARNI KEHIDUPAN . say ALHAMDULILLAH . ALLAH menguji kita . ALLAH nak tengok tahap kesabaran kita . sabar tau . tak pe la orang lain berjaya . nanti-nanti kita pulak . setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya .
sentiasa berfikiran positif ! sabar dengan ujian dari Allah . tak guna nak bersedih lama-lama
"kadang-kadang Allah hilangkan MATAHARI, kemudian DIA datangkan guruh dan petir . puas kita menangis mencari-cari dimana matahari . rupa rupanya ALLAH mahu hadiahkan kita PELANGI"
jangan difikir derita yang berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
apa apa pon semuanya datangnya dari Allah . jangan lah kau kecewa . janganlah kau bersedih . janganlah kau berputus asa . ALLAHUAKBAR !!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan