Ketika aku
remaja
Sesaat
selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu
pertanyaan dalam diri ku
Aku ini
tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana
rupanya,
Tinggi atau
rendah,
Kurus atau
gempal,
Cerah atau
gelap,
Tampan atau
jelek.
Puas aku
membayangkan,
Impikan
jejaka rupawan,
Persis
seorang pahlawan.
Ketika aku
menganjak dewasa
Dikala
sedang menuntut di menara
Timbul
semula persoalan itu,
Aku ini
tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana
hartanya,
Motor atau
kereta,
3310 atau
Iphone,
Selipar atau
Adidas,
Miskin atau
kaya,
Puas aku
mencari
Impikan
lelaki hartawan
Persis
seorang jutawan.
Ketika aku
akhirnya dewasa
Dikala
sedang berusaha berkerja
Bertanyaku
sekian kali,
Aku ini
tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana
akhlaknya,
Malas atau
rajin,
Baran atau
sabar,
Dungu atau
pintar,
Jahat atau
baik,
Puas aku
berdoa
Impikan
lelaki budiman,
Persis
seorang beriman.
Ku tanya
lagi pada diri,
Aku ingin
jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah
rupa?
Cukuplah
yang sedap di mata,
Pentingkah
harta?
Cukuplah
yang mampu menyara,
Pentingkah
iman?
Terdiam aku
seketika.
Kerana
diriku melihat diri sendri,
bagai tak
layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah
sekali,
Penuh dosa
dan layak dicaci,
Bagaimana
kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa
hinanya si rusuk kiri
Pasti dia
menyesal sekali
Lalu ku
tanamkan azam,
Tuhan masih
memberiku peluang
Akan ku
berusaha membaiki diri,
Bagi
melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga
pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia
bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan