Pesanan
Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang
enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau
kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
Wanita Ananah
: wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami
untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
Wanita
Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya
mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia
suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya
wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
Wanita
Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita
ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.
Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita
sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan
kemampuan suaminya.
Wanita
Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya
selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala
lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan
diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu
handsome sekarang sudah botak.
Wanita
Basaqah :
ada 2 makna:
Pertama wanita
sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk
suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya
dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga
suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi
pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah
ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya
bahagiannya.
Wanita
Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga
menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan
komen saja.
sumber :
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan