19 November 2012

disebalik senyuman itu tersimpan 1001 duka kehidupan

Assalamualaikum (",)

just finish bw satu belog sahaja malam ni dengan membaca semua entry dia daripada latest sampai ke oldest . nasib la itu belog baru dia so sampai awal 2012 je tak silap . kalau macam aku ni haa, dari 2009 hokey . tak de sapa rajin nak mentelaah semua entry entry merapa raban aku . aku sedar . anyway . aku selalu fikir aku ja la yang ada masalah kat dunia ni, tapi aku tak berapa show off sangat la kat belog aku ni sebab aku lebih suka pendam , pendek kata personal things aku pilih jugak la yang mana perlu dipublish and tak perlu . *abaikan bahasa rojak disitu

dan melalui belog dia jugak aku belajar banyak benda . dan nasihat aku untuk dia satu sahaja , untuk tidak selamanya bersedih . berilah peluang kesedihan itu berlalu pergi . jangan simpan jangan pendam . sebab kalau dok pendam ja benda tu akan jadi sebati dengan kita . plisss give an opportunity to your sadness to go awaaaayyyy from your life . and plis be welcome with a big smile to your happiness to come in . thats the only way to make u're always be happy and happy . cam tu la aku, aku biarkan kesedihan tu pergi . duit tak da nak makan . nak bayar sewa umah and so on . tiap tiap malam menangis kenangkan diri di tempat orang ni . jauhh hooooii . tapi kalau tak usaha mana nak datang pulus . ok yang tu aku cerita kat entry lain . 

untuk ini, itu sahaja lah . kat bawah ni aku senaraikan apa yang aku dapat sepanjang aku telaah semua entry teman aku tu :: 
  1. jangan adili orang melalui luarannya kerana disebalik senyuman itu tersimpan 1001 duka kehidupan
  2. cantik itu anugerah tapi kecantikan hati tak semua mampu jaga dan kita juga yang mencorakkannya
  3. perjalanan setiap manusia di dunia ini berbeza beza
  4. setiap hamba yang diuji ada ganjaran yang indah untuknya
  5. kesusahan itu mengajar kita lebih erti kesabaran dan wasatiyyah dalam kehidupan
  6. setiap orang layak diberi peluang kedua ketiga atau ke-berapa sekali pun jika dia ingin berubah ke arah yang lebih baik
  7. siapa dia yang kita kenal dulu mungkin tak sama siapa dia sekarang
  8. belajar menerima kelemahan orang lain dan menjadikan kelebihan diri sebagai anugerah
  9. jangan sombong dengan apa yang kita ada hari ini, kerana hidup tak selamanya di atas
  10. selagi roh di jasad, berubahlah, kembalilah kepada fitrah Islam yang sebenar

p/s :: aku mendoakan teman aku ini akan terus tabah dengan ujian yang datang bertubi tubi, Allah sedang menguji kamu sayang :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan