07 December 2012

AKU dan BAS

Assalamualaikum (",)

sakit hati betul hari ni . membuak buak rasa . tapi sabar . hari ni kelas aku satu je . lepas habis kelas jam 12 tengah hari macam tu, pegi la beli makanan dekat kafe tapi tapau je sebab tak de kawan nak makan dekat situ . almaklumlah kawan kawan lain semua dah habis belajar . tapi Alhamdulillah ada adik adik junior yang baik hati layan senior diorang ni, ada jugakla tempat aku melepak kalau tak balik rumah sewa kat luar tu . so, tadi tumpang bilik junior rumah semester lepas (masa still duduk kolej) kira ex-rumah aku semester lepas la . makan kejap then buat keja sikit .

dalam jam 2.30 petang macam tu, aku pun gerak ke BHEP, nak balik naik bas luar jam 3 petang . bas luar naik di BHEP je kalau petang dengan malam, kalau pagi naik dekat pusat info . tunggu punya tunggu punya tunggu, orang tak ramai sangat time tu . syukur giler sebab tak de la adegan berebut naik bas depan mata aku . malu ok budak u macam tu . at last satu bas datang tapi bas Uni Garden, bukannya Desa Ilmu, tunggu lagi, orang dah makin ramai . sampai jam 4.30 petang . maknanya bas jam 3 MEMANG TAK DATANG . TAK ADA . sakitnya hati . 2 jam aku tunggu . masa tu orang punya la ramai . bas luar seterusnya jam 4.30petang . datang la bas nyer ke Desa Ilmu, selalunya dua bas . tapi hari ni SATU SAHAJA . dapat bayangkan berapa puluh orang tak boleh naik bas nak balik ? aduhaiii, aku memang tengok dari jauh . dalam hati dah panas sebab tunggu dari 2.30petang tadi . at last aku nak bas dalam yang 4.30 tu, pegi pusat info, aku jalan kaki je, sampai jugak cuma penat je la sebab jauh jugak .

aku bukannya tak nak jalan kaki, tapi aku sorang, tak berani sangat . kang apa apa jadi cemana . boleh je nak jalan kaki . tapi tak nak la buat berani sangat . sebab ada jugak la kes kes bahaya ni . so kesahnya hari ni . aku sakit hati kenapa la jadual bas macam tak CANTEK je . macam sesuka hati je nak datang ke tak . dah la sakit hati kelmarin (Rabu, 5 dis 2012) belum hilang lagi . nak tahu kisah kelmarin ? sama jugak la kes macam ni tapi pagi .

kalau hari rabu memang aku naik bas awal pagi ke kelas dari luar , bas jam 7.30 pagi . memang ramai sangat manusia, aku rasa dalam 80++ . atau lebih . selalunya bas 7.30pagi ada DUA BUAH . sebab memang peak hours student ke kelas . sekali yang sampai masa tu, SATU BUAH SAHAJA . bas shuttle . not express . kitorang yang mana tak muat nak naik ni, terjenguk jenguk la kot kot ada satu lagi bas . tapi masa tu dah jam 7.45 pagi . kelas aku jam 8pagi, masuk lewat confirm kena fire sekejap . masuk ikut belakang kena renungan tajam dengan lecturer . nak ponteng tak boleh . bukan aku la nak ponteng kelas sesuka hati . last last yang mana tak sempat naik ni, ada la dalam 20++ orang, jalan kaki dari everrise tu ke pusat info (tempat bas dalam Unimas) . kejar bas jam 8 sempat kelas tu satu jam je .

memang mencabar minda laaa dan KESABARAN . berpeluh peluh hanya Allah yang tahu . pakai perfume segala bagai, sampai kampus busuk jugak . aduhaiii . sampai je dalam Unimas tu, bas jam 8 belum gerak lagi, Alhamdulillah . sempat naik , tapi pakcik driver bas tu punya la sopan, slow gila rasa dia bawak, menghirup udara pagi dah rasanya, menikmati keindahan, aku dengan kawan aku tak senang duduk dah, sebab dah lewat 15 minit, siap aku dengan kawan aku bagi kata semangat "go pakcik go, laju sikit pakcik, laju, macam biasa" . hahaha, tapi pakcik tu tak dengar pun . haahaha, tak pernah naik bas perlahan cam tu . *student unimas tahu macam mana lajunya bas unimas

sampai je dekat BHEP kitorang turun tapi macam biasa , ucapkan terima kasih dekat pakcik driver tapi kitorang tu terus menonong je lintas jalan ke kelas . *utamakan pejalan kaki . sampai je dekat pintu kelas nampak ada sorang student tengah begayut dengan telefon . aku dah rasa lain, bukak je pintu, dengar orang sembang . dalam hati aku Dr. tak masuk lagi ke . YES !! tepat sangkaan aku, kitorang sampai 8.20pg, lecturer tak masuk lagi . HAHAHAHA . gelak pada diri sendiri sebab lupa, memang lecturer ada bagitau yang minggu ni dia tak masuk kelas . kuliah dah habis . tapi lega la jugak . cuma kitorang peeeenaaaaaattttt sangat . dengan berpeluh, lenguh kaki segala . tapi dalam jam 8.35pagi macam tu lecturer masuk kejap tanya pasal presentation keesokannya dengan dia nak amek attendance . mencabar kan . FYI itu lah satu satunya kelas aku untuk hari tu, jam 9 dah habis kelas, nak buat apa lagi ? balik laaa . dalam jam 11 pagi kitorang sampai rumah dah .

lenguh kaki yang amat sebab lepas kelas tu pegi FSS jap amek assignment, lepas tu patah balik pegi kolej sakura, lepas tu naik bas dalam pegi pusat info, sebab nak balik rumah, tak sanggup dah nak jalan kaki ke desa ilmu, kitorang tunggu bas luar jam 11 Pagi naik kat Pusat info tu, ala ala macam tahan bas awam pulak, pakcik tu tahu kalau ada orang dekat pusat info dia akan berhenti tanya, nak pegi luar ke? kitorang pun naik bas tu, dan sampai dekat rumah pukul 11.05 pagi, dugaan di hujung semester . macam ni la . saabaaar .

maaf entry yang panjang . sebab memang dah pendam sangat benda ni, ada jugak tempat nak meluah . thanks pada yang membaca . ade ke ? HAHAHA . kbai


4 comments:

  1. Replies
    1. lajunya timah komen . amacam? leh jadi the best story of the year tak ? hahaha

      Delete
  2. amboi , mula mula semangat nak bace . haha . conclusion pasai bas la kan . pe lagi bai , report report :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. da report dah, aku dh tulis dekat wall MPP, hope ade la tndakan diorg

      Delete

Terima Kasih . Syukran Jazilan