10 April 2013

Ketua Kelas Kena Belasah : GANGSTER SANGAT !!

Assalamualaikum (",)

memula tengok link video ketua kelas kena belasah bersepah dekat facebook, malas nak amek tahu sebenarnya . tapi bila semua orang pakat share . we tend to see what happen actually . dan tetiba nampak status ni di facebook :

Dari mata turun ke hati. Cerita Juvana sudah jadi qudwah, maka jadi begitulah.
We didn't assume bcoz kids learnt from what they've seen. Mereka mudah mmberi interpretasi yg ringkas & salah dri apa yg ditonton.
Lan todak? Botak?
Part simbah minyak panas dalam filem tuh, masih belum ada yg buat.
Nauzubillah. Jangan tiru.
Masyarakat perlu sajian didikan jiwa, bukan gula-gula kekeliruan & kecelaruan.

see, betapa media sosial memberi kesan kepada jiwa seseorang . kalau sebelum ini kita selalu komen pasal adegan 18sx dalam filem yang memberi kesan negatif kepada mereka di bawah umur . apatah lagi lambakan filem di negara kita ni, kalau korang perasan mesti ada kisah terlanjur dan sebagainya . seolah olah semua itu normal dalam masyarakat kita . sedangkan BERZINA ITU DOSA BESAR !! . kenapa kita tak sajikan benda benda yang baik ? kenapa ? 

berkaitan dengan video tersebut . boleh juga kita katakan pengaruh cerita filem di Malaysia ni memang hebat . sampaikan bagi mereka yang cetek pemikirannya terutamanya kanak kanak atau remaja yang meningkat dewasa, menganggap semua ni boleh dilakukan, pergaduhan, buli membuli adalah perkara biasa. sedangkan sebenarnya semua itu salah . dan bertentangan dengan nilai murni seorang manusia yang bertamadun . sedih bila melihat keadaan ini berleluasa dan semakin tak terkawal . dimana norma sebagai seorang insan ? dimana ? bila kes macam ni terjadi . kita sendiri tak tahu nak salahkan siapa . bagi saya setiap orang dah laksanakan tanggungjawab sebaiknya . insyaAllah . Alhamdulillah .

kita kalau nak buat apa apa, kita tak boleh fikir yang semua orang mampu serap nilai positif daripada sesebuah cerita . kita tak boleh assume semua orang mengambil iktibar dengan apa yang diorang lihat . sebab kita kena sedar . manusia ini pelbagai . pemikiran yang pelbagai dan tafsiran yang pelbagai . kalau dah scene pergaduhan dalam sekolah, gangsterism dipaparkan depan mata, jangan fikir tak ada yang akan terikut ikut . bagi mereka yang critical thinking, insyaAllah, semuanya dilihat dari aspek positif, mengambil iktibar dengan apa yang ada depan mata . tapi bagi mereka yang hanya melihat yang tersurat tanpa melihat apa yang tersirat, macam mana ? memang kelompok ini sedikit tetapi yang yang sedikit ini boleh bertambah menjadi banyak kalau tak dibendung daripada sekarang .

saya konfius sebenarnya, macam mana scene pergaduhan GILA dalam filem boleh ditayang dalam masyarakat ? apakah idea utama yang cuba mereka sampaikan ? kejadian ketua kelas di belasah tu berlaku pada tahun 2013, yang seingat saya subjek sivik dan kewarganegaraan itu wujud . tetapi seolah olah tiada kesan dalam diri mereka dengan subjek tu . 

kesian simpati dengan prestasi sekolah dan semestinya mak ayah budak budak tu . malu mesti malu . mungkin usia mereka masih mentah untuk menghargai pengorbanan mak ayah . tetapi satu benda yang saya pegang, "melenturi buluh biarlah daripada rebungnya" . kalau terpaksa, hantar lah mereka ke sekolah pemulihan akhlak . dan satu ayat yang saya ingat sampai sekarang "untuk melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda sekarang" . wallahu'alam . semoga kita, anak muda, adik adik sentiasa beringat . bahawa akhlak itu mencerminkkan siapa kita . untuk jadi baik, tak perlu bertudung labuh, berjubah atau berserban, cukuplah kita bertindak sebagai seorang yang cerdik dan bertamadun, berpakaian seperti apa yang disyariatkan, melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya . berbuat baik kepada semua orang dan sentiasa tanamkan sifat mahmudah dalam diri .

semoga kita semua mengambil iktibar dengan apa yang berlaku :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih . Syukran Jazilan