24 May 2013

"Jangan MALAS !!" kata saya :)

Assalamualaikum (",)

pagi ! suasananya yang tenang . angin nya yang mendinginkan dan pemandangan yang begitu mendaimaikan . jujur saya katakan . keadaan pagi sebegini sememangnya menjadi kegilaan dan kegemaran saya untuk mengulangkaji pelajaran dan mencari idea untuk karangan terbaru di ruang blog ni . Alhamdulillah tahun ni genaplah 4 tahun saya berblogging . cepat benar masa berlalu . eh . cepat benar umur bertambah . dekat pula dengan kematian .

baru-baru ni saya mengalami satu situasi di mana perasaan malas menguasai diri . semuanya terasa malas . perut yang minta diisi saya biarkan kelaparan kerana malas untuk ke kafe . assignment yang minta disiapkan saya biarkan tanpa diusik walau hanya satu perkataan . dan malas juga beribadah kepada Allah . lama saya berfikir . apalah yang sebenarnya sedang berlaku pada diri ni . kalau berterusan  begini, lingkuplah keputusan peperiksaan nanti . tapi itu lah iman yang sentiasa bertambah dan berkurang . naik dan turun . emosi pun macam itu jugak . naik dan turun . ok dan ko . astaghfirullahal'azim . istighfar bila tersedar dari kemalasan yang melanda diri .

sungguh ! malas itu tiada ubatnya melainkan hati yang sentiasa sedar diri . hari malas . esok sedar . lusa malas lagi . tulat sedar diri , dan begitulah seterusnya . saya yakin sahabat-sahabat lain pun macam tu jugak kan . tambah-tambah lagi bila terlalu stress dengan tugasan di hujung semester . hanya Allah yang tahu perasaan masa tu . kalau lah boleh tinggalkan semuanya seketika . tapi nak tinggalkan selamanya sebenarnya . :) Allah sentiasa menguji . bersyukurlah bagi mereka yang sedar diri dan terus berubah dan buat perubahan . tapi bagi mereka yang terus lalai dan terleka ? kita berdoalah agar mereka mendapat petunjuk dan hidayah-Nya

jangan pernah salahkan malas yang datang, tapi salahkan diri yang menerima kehadiran malas tu ke dalam diri . sebab semuanya bermula dari hati . sentiasa melawan kehadiran malas yang tak diundang tu . sebab malas ni satu penyakit . hanya kita yang mampu melawan dan sentiasalah berdoa akan dhindarkan perasaan malas bermaharajalela dalam diri . berkata lah pada diri "JANGAN MALAS!!" tampal lah dimana-mana kawasan yang senang dilihat, supaya kita sedar diri .

semoga kalian, sentiasa rajin dan jangan malas ! hihi . itu saja untuk hari ni . apa apun berterima kasih lah kepada Allah kerana memberi peluang untuk terus beribadah kepada-Nya :)


11 comments:

  1. jangan malas2. rajinkan diri! yes, peringatan utk semua

    ReplyDelete
  2. hye....

    jom2 join GA ni. ajak kawan2 :))

    http://mastrixia.blogspot.com/2013/05/giveaway-sweetygorjes-blog-page.html

    ReplyDelete
  3. huhu okk bos! rajin kan diri kt lepas ni!

    ReplyDelete
  4. Baik! X nak malas2 lps ni..hi hi ^_^ Salam kenal..done follow here

    ReplyDelete

Terima Kasih . Syukran Jazilan