Assalamualaikum (",)
entah kenapa sekarang ni saya rasa kosong dan kekeringan . bila difikirkan kembali, saya teringat, sejak saya balik ke kampung , tamat pengajian di universiti, saya tak lagi menghadiri apa apa majlis ilmu . Allahu Allah. patut la rasa semacam . selalunya kalau di uni, seminggu sekali saya join . kadang kadang pun dengar di youtube ceramah ceramah melalui internet . kalau dekat rumah memang tak ada internet . cuma harapkan tv 1, 2 dan 3 . kadang kadang lupa masa program program lmiah dekat tv . saya tekad . balik ke rumah ni, saya nak pasang njoi . at least ada tv alhijrah dan oasis sebagai pengubat duka .
bertekad jugak nak join majlis majlis ilmu dekat kampung walaupun 99% yang join tu adalah warga tua . malu jugak la kadang kadang .
apa yang saya nak tekankan dekat sini . jiwa seseorang yang dekat dengan majlis ilmu . bila ditingglakan secara tiba tiba akan jadi kosong dan lelahnya terlalu cepat . rasa resah gelisah . dan mudah marah tanpa punca . itulah saya sejak kebelakangan ni . mungkin jiwa saya dahagakan ilmu Allah yang maha luas ni . semoga saya istiqamah
jiwa ni perlu diisi dengan usrah, halaqah atau perbincangan ilmiah supaya terisi dan rasa tenang . rasa bahagia untuk beribadah dan lebih khusyuk . malah rasa lebih dekat dengan Allah . hati rasa takut melakukan dosa dan kemaksiatan . malah hati rindu yang amat kepada taman taman syurga . sempena maulidur rasul ni , jum lah kita tanamkan rasa cinta yang mendalam kepada kekasih Allah . berqasidah ya hanana bukan sekadar nyanyian semata mata tapi penghayatan tentang makna disebalik bait bait qasidah tu .
Allah dan Rasulullah adalah insan yang paling layak menerima cinta . bagaimana memupuk cinta itu? dekatkan lah diri ini dengan majlis majlis ilmu atau taman taman syurga , kerana disitu lah cinta lebih dirasai kerana kita bersama orang yang cintakan Allah .
ayuh bina potensi diri untuk menjadi individu berkualiti dalam kehidupan seorang muslim . samada muslimin dan muslimat . insyaallah . saya tak nak jadi baik sorang sorang . oppss saya ni tak baik sangat lagi . masih mencari haluan . semoga Allah membantu :)
all is well
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih . Syukran Jazilan